Monday, 4 August 2014

Ayam Madu Berempah BBQ Di Malam Raya

Assalamualaikum...

Seminggu dah syawal berlalu...salam lebaran buat semua. Saja nak berkongsi cerita...malam raya yang lepas giliran kami sekeluarga beraya di Felda Sg Mas, kota Tinggi. Oleh kerana hanya kami sekeluarga dan adik bongsu suami saja yang ada...so suami mencadangkan supaya kami ni berBBQ di malam raya...yerlah nak masak-masak juadah raya daku tak begitu arif..hehe..daku bercadang nak buat Ayam Madu Berempah

                                                   Hehe..ayam oohh ayam..

Bermulalah alkisahnya...daku start mengGoogle beberapa resepi Ayam Madu Berempah..memang terlalu banyak versi resepi Ayam Madu Berempah... namun dalam banyak-banyak tu ku tertarik dengan resepi ni..mudah,simple dan alhamdullilah setelah di cuba sangat sedap..

ayam madu berempah
                                                           Bahan-Bahan untuk di kisar




Bahan untuk di campur sekali dalam bahan kisar

ayam madu berempah
Bahan yang telah siap di kisar

ayam madu berempah
Ayam yang telah siap di basuh dan di toskan

ayam madu berempah
Ayam yang telah di perap


Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam ( Kami amik bahagian kepak dan Peha saja)
2 sudu besar serbuk jintan manis

2 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 labu bawang besar ] kisar halus
3 ulas bawang putih ] kisar halus

2 inci kunyit hidup ] kisar halus
2 inci halia ] kisar halus

3 batang serai ] kisar halus
1 ketul kiub pati ayam knor
2 sudu besar madu
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Bersihkan ayam dan basuh. Tuskan sehingga kering.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Perapkan selama 2 jam atau lebih.
4. Gunakan pemanggang ajaib atau atas bara arang bakar ayam selama 20 minit sambil balikkan sekali sekala.
5. Hidangkan dengan sos lada hitam atau sos cili.


** Bahan-bahan tu kena pandai-pandai anggarkan tengok banyak mana ayam kita..

kerja-kerja memerap ayam ni..daku buat 2 hari sebelum raya..kata orang makin lama kita perap makin sebati rasanya..tapi kena simpan dalam peti lah...
siap tugas di dapur masa untuk mengemas beg baju dan segala peralatan nak bawa balik..bukan apa takut-takut ada je yang ketinggalan...

sehari sebelum raya kami sekeluarga pun bertolak pulang ke Felda Sg Mas...sampai sana dah pukul 4 ptg..singgah kedai runcit pulak nak beli bahan-bahan buat mee hoon goreng..yerlah kan tak kan makan ayam je..

maka bermulalah kisah daku bertungkus lumus di dapur seorang diri..sementara suami dan adiknya sibuk di halaman rumah setting tempat nak Bbq malam nanti..

Kelam kabut juga di buatnya..mana nak siang udang,taugeh..jap-jap daku berteriak panggil hubby..suruh carikan kuali besar lah, cari tapis lah..huhu..yerlah bukan dapurku..lagipun barang-barang tu semua ada dalam stor, adik iparku bujang manalah memasak sangat...tapi mujur gak gas masak masih ada...

Sebelum masanya berbuka puasa sempatlah ku siapkan mee hoon goreng dan nugget untuk juadah berbuka...alhamdullilah..



ayam madu berempah
                              Rendang Daging n ayam tu bekal dari ibuku.


Lepas maghrib je hubby dan adiknya mula menyalakan tempat untuk BBQ...masa ni jiran-jiran dan rakan taulan hubby dan adiknya dah mula datang menjengah...


ayam madu berempah

Ayam sudah mula di bakar..nyum..nyum..nyum..masa ni bau di naik.uisshh..tak sabar nak tunggu dia masak...




ayam madu berempah
Renjis-renjis ayam dengan serai n sedikit minyak.

ayam madu berempah
Balik kan ayam sekali sekala agar ayam masak sekata.

ayam madu berempah
Hubby gigih bakar ayam...

Sambil-sambil bakar ayam tu..sambil tengok orang main mercun..dah macam pesta berlawan-lawan berdentam dentum...

 



 Terasa kemeriahan malam raya di Felda Sg Mas Kota Tinggi....sambil bakar ayam, sambil dengar kemeriahan penduduk bermain mercun, dan jemaah masjid yang mengalunkan takbir raya...sayu hati..tetiba terkenangkan arwah ibu mertua yang telah lama pergi....kemeriahan raya kami terasa kurang tanpa kehadirannya....

Raya..raya juga namun bisnes shaklee tetap berjalan seperti biasa...alhamdullilah...


Sekiranya anda berminat untuk mendaftar keahlian shaklee anda atau anda ingin mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee anda,saya adalah  wakil pengedar sah anda seluruh malaysia. Sebarang pertanyaan boleh di buat dengan menghubungi saya di talian berikut:

Nama: Mahligai Vitamin @ Eita (ID 1081587)

Emel: mahligaivitamin@yahoo.com

Phone/Message/WhatsApp: 012-7555470



"Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee?? Hubungi saya juga!!.Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan !. Wakil pengedar seluruh Malaysia masih di perlukan !. Dan anda juga akan di jemput ke group Ekslusif di Facebook"







 

2 comments:

  1. wah.. nampak sedap BBQ kak eita.. nyum nyum.. nanti leh try
    resepi ikan goreng tepung ni.. lagi mudah & simple tapi for sure tak cukup makan sekor sorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah sedap dan rasanya tidak mengecewakan...cubalah pasti nak lagi..

      Delete

Anda Pengunjung Ke

DIRECT WASAP TANPA PERLU SIMPAN NUMBER

Labels

Alfalfa (10) B-Complex (15) Basic H Shaklee (3) carotomax (1) Cinch energy tea (4) Cinch Shake (3) collagen powder (3) CoQ10 (3) Detoks (5) Detox Parasit (1) Dish Wash Concentrate (1) DTX Complex (1) Ebook percuma pemakanan ibu hamil (1) Energizing Soy Protein (ESP) (21) garlic (3) GLA complex (5) Harga Vivix (4) Herb-lax (3) Herbal blend (2) Kelebihan Omega Guard (3) khasiat & manfaat alfalfa (2) Khasiat Garlic Shaklee (2) Kisah Anak-Anak (10) Kisah Mama (2) Kisah PaPa (1) Kisah vivix (3) lecithin (6) Manfaat omega guard (3) Manfaat Vivix (1) Masalah kesuburan Wanita (2) meal shake (4) Melambatkan penuaan (4) Melawan Kanser (3) Melawaskan Najis (3) memperbaiki tekstur rambut (2) mencegah penyakit jantung (2) Mengempiskan Perut (4) menguatkan tulang (4) mengukuhkan sistem imun (6) mengurangkan PMS (4) meningkatkan metabolisme (4) Menu sihat Ibu Berpantang (2) menurunkan kolestrol (6) meringankan stress (5) nephrotic syndrome (1) Nutriferon (1) Nutriferon Shaklee (1) Omega bakar lemak dengan pantas (1) omega guard (12) ostematrik (11) Ovarian cyst ketika hamil (2) Penyakit Gout (1) penyakit jantung (9) penyakit lemah jantung (1) penyakit semput (1) penyebab sakit jantung (2) Peppermint-Ginger Plus (1) performance drink (4) Sembelit (4) sendi dan otot (7) serangan jantung (2) Set 3M (3) Set B Ibu Menyusu (3) Set B1 ibu Menyusu + Ostematrik (2) set berpantang shaklee (8) Set Berpuasa Shaklee (2) Set Kehamilan Shaklee (2) Set Kencing Manis (1) Set Kesihatan Wanita (1) Set Kesuburan Lelaki (1) Set Kesuburan Wanita (1) Set Kurus Shaklee (1) set menyusu (1) Set Morning Sickness (1) Set Nutriwhite (1) Set Pemulihan Jerawat Shaklee (1) Set Penjagaan Kulit Nutriwhite (1) Set Penyusuan Shaklee (3) Set Ramadhan (2) Set Rambut Gugur (1) Set sembelit (1) set vitamin ibu hamil (1) Shaklee Vivix (2) Sijil halal Shaklee 2017 (1) susu ibu (8) tekanan darah tinggi (5) Testimoni vivix (3) tips minum 8 gelas air sehari (1) ubat berhenti merokok (1) Ubat Buang Angin dalam Badan (2) Ubat Gout Paling mujarab (1) Ubat paru-paru berair (1) Ubat Sakit lutut dan sendi (1) Ubat VS Vitamin (1) untuk anak-anak pickey eater (1) Vita C Chewable (1) Vita-C (14) Vita-E Complex (7) Vita-lea (10) Vitalea For Kids (1) Vitamin bantu kecutkan Cyst (2) vitamin c (3) vitamin e (1) Vitamin Ibu Hamil (3) vitamin ibu mengandung (1) vitamin kecutkan Cyst semasa mengandung (1) vitamin naikkan Hb ibu hamil (2) Vitamin Untuk Ibu Hamil (4) Vitamin Untuk Pelajar (1) Vittamin C (1) Vivix (6) Vivix Anggur Muscadine (1) Vivix keintiman (1) vivix kesuburan (1) Vivix lancarkan haid (1) Vivix Shaklee (2) vivix shaklee harga (2) Vivix Shaklee Price (2) Vivix Untuk Atasi Sembelit (1) WAHM Story (1) Zinc Complex (8)

TOP PRODUCT

Nak Harga Ahli Dan Dapatkan CASH BACK BONUS KLIK SINI | FREE MEMBERSHIP KLIK SINI
X