Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus KLIK SINI | Twin Pack Vivix Free Membership KLIK SINI
X

Saturday, 23 August 2014

Jom Belajar Buat Cheese Tart..

Assalamualaikum....

Entry kali ni saya nak berkongsi resepi dan cara-cara nak buat cheese tart...bukan apa bagi pengemar segala jenis tart ni..tak kira lah cheese tart ke, fruit tart ke, egg tart ke....bila makan memang confirm-confirm tak cukup sebiji kan..hehehe...contohnya saya sendirilah..saya kalau makan memang tak boleh nak berenti..laju je amik sebiji ...sebiji...huhu bahaya uolss... so demi kepuasan saya dan juga family akhirnya mem"rajinkan" diri mencuba membuat cheese tart....

Cheese Tart Yang Telah Siap Di bakar.. 

Memula dah siap tu..merasa sendiri..emm..boleh tahan..cheese tart yang telah siap, setelah di sejukkan saya simpan dalam peti sejuk..al maklumlah cheese kan sedap makan bila sejuk..di tambah pula dengan filling bluberry yang ada di dalam nya...huhu..sangat sedap dan lazat rasanya...dengan keranguppan tart shell nya..membuatkan anak-anak makan pun tak cukup satu...

Alhamdullilah...1 adunan tart shell dapat lebih kurang 40 biji tart shell..itu pun bergantung juga dengan ketebalan dan size acuan tart shell berkenaan... so bila dah banyak-banyak macam ni...berkongsi rezeki dengan jiran tetangga sebelah menyebelah..dapatlah diaorang merasa keenakan cheese tart saya... ( perasaan melanda...hahaha)
Nak buat Cheese Tart ni kenalah buat tart shell nya dulu... usah bimbang tart shell yang telah siap tahan lebih kurang 2 bulan jika di simpan di dalam bekas kedap udara.. so sila buat banyak-banyak dan simpan...bila terasa nak makan segala jenis tart just keluarkkan dan buatlah apa-apa jenis tart sekalipun..mudah dan cepat kan..kan..
Ok jom saya kongsikan resepi Tart Shell nya :

Bahan-Bahannya:
170gm marjerin atau butter ( saya guna butter, sbb butter lagi sedap n kruncy tart shellnya)
50gm gula aising
1 biji telur gred C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil asen vanilla
acuan tart ( saya guna size kecil )
cheese tart
Caranya:-
  1. Pukul marjerin dan gula dengan mengunakan senduk kayu atau spatula..jangan pukul lama sangat.
  2. Masukkan ttelur dan esen vanilla dan putar lagi dengan senduk kayu
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
  4. Uli sehingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung dengan kelembutan doh.
  5. Untuk mendapat doh yang baik wrapkan adunan dengan plastik wrap dan simpan adunan semalaman dalam peti sejuk.
  6. Setelah  di biarkan semalaman keluarkan adunan tadi biarkan ia rehat sehingga mencapai suhu bilik supaya memudahkan kita untuk menerap dalam acuan tart nanti.
  7. Setelah itu ambil sedikit adunan tart dan tekan ke dalam acuan tart. Sebelum di bakar cucuk dulu aduan dengan garfu. Bakar adunan pada suhu 170C selama 20-25minit atau sehingga adunan masak.
  8. Tart Shell boleh di siapkan awal dan di simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu tart shell benar-benar sejuk sebelum meletakkan filling dan cheese.

cheese tart

Sediakan filling yang kita sukai...saya guna filling bluberry, biasanya kita boleh letak strawberry, coklat, kiwi, oren dan macam-macam lagilah... filling ni boleh di dapati di kedai bakery atau kalau rajin boleh buat sendiri...hehehe..
Masukkan filling tu dalam pipping bag untuk memudahkan proses meletak filling dalam tart shell kita.
Lebih banyak filling yang kita letak bertambah sedaplah cheese tart kita. Bila dah siap letak filling ketepikan dan kita sediakan bahan-bahan untuk membuat cheese tart kita pula.

Bahan-Bahan Cheese tart.

250gm cream chess
50gm gula kastor
1 biji telur size b
1/2 teh esen vanilla

  1. Sila keluarkan cream cheese 20-30 minit sebelum di gunakan.
  2. Putar cream cheese dan gula sehingga berkrim
  3. Masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagi.
  4. Masukkan filling chesse tadi kedalam piping bag supaya memudahkan kita meletakkan filling dalam tart shell. Isikan sehingga mengembung untuk cheese tart kelihatan cantik.
  5. Asingkan sedikit cheese untuk kita lakukan proses melorek, campurkan sedikit pewarna yang kita sukai dan mula melakar keatas cheese tart kita, usah  biarkan cheese tart terlalu lama, kerana proses melorek menjadi tidak cantik jika cheese tart sudah mula mengering.
  6. Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream cheese dengan jari jika tidak melekat makna nya cream sudah masak jika tidak letak dalam seminit lagi.

** Untuk adunan ini 1 adunan shell saya dapat dalam 40 biji shell itupun bergantung pada acuan dan ketebalan shell.
1 adunan cream cheese dapat dalam 70-80 shell.
untuk seimbangkan nya sila buat 2 adunan shell dan 1 adunan cream cheese.

Cheese Tart yang telah siap di masak, di letakkan dalam bekas kedap udara dan boleh di simpan dalam peti ais untuk ketahanan lebih lama.

Haa..senang jekan cara nak buat cheese tart ni...tapi kalau rasa kesuntukkan masa untuk mencuba boleh tempah je kat saya ni..hehe..insyaAllah rasa sekali pasti nak lagi..hehe...

cheese tart


cheese tart

 
cheese tart


Tempahan dari jiran yang melangsungkan perkahwinan, cheese tart with bluberry filling dengan cup cake chocolate moist with red roses.

Selamat mencuba;

Salam Sayang Dari Saya;
Eita 012-7555470

5 comments:

  1. Sedapnyaaa cheese tart! suka suka suka... comel2 pula tu.. boleh try buat nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ainaa..try buat yer..senang jer...baru puas makan..hehe

      Delete
  2. Meriahnya cheese tart tu! Sy mmg suka cheese tart :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sengaja buat colourful..rasa puas hati tgk dia berbagai warna...tu je yg sempat ambil gambar.yg lain ank2 n hubby dah ngap dulu..hehe

      Delete
  3. Wahh.. nampak menarik... belum rasa lagi tuh... eeee sedapnyerrrr,,,,

    ReplyDelete

Sharing Is Caring