Monday, 17 November 2014

Khas Buat Ibu Bapa Yang Sedang Pening Memilih Taska Terbaik Untuk Anak Anda Disini Ada Tipsnya.

Assalamualaikum...dan Salam Sejahtera semua....

Entry kali ni khusus untuk para bakal ibu bapa..ataupun ibu bapa yang masih atau sedang tercari-cari taska untuk menempatkan si manja anda dengan selamat.



Al maklumlah sekarang banyak kejadian yang tidak di ingini berlaku di taska..ada kes bayi mati tersedak susu, patah kaki jatuh tangga, bayi terjatuh dari buaian,terkena air panas, keracunan makanan, itu belum lagi termasuk kes penderaan yang berlaku di taska...semestinya kita sebagai ibu bapa tidak mahu kejadian ini terjadi pada anak-anak kita kan???...


Disini saya kongsikan beberapa Panduan Memilih Taska supaya keselamatan anak-anak kita lebih terjamin.. 

1) Taska Wajib Menepati Piawaian Oleh Pihak Berkuasa

 a) Jabatan Kebajikan Masyarakat : Ibu bapa / Penjaga harus memastikan para pendidik / Pengasuh di taska berkenaan pernah mengikuti kursus di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

b) Jabatan Bomba Dan Penyelamat : Untuk Memastikan  keselamatan bangunan serta adanya bekalan alat pencegah kebakaran . 

c) Jabatan Kesihatan : Untuk memantau rekod perkembangan anak-anak.

d) Pihak Berkuasa Tempatan : Sebagai pemantau kesesuian dan keselamatan bangunan taska. 

2) Jenis Bangunan Taska Yang Sesuai. 

Bangunan taska yang sesuai haruslah mempunyai fasiliti dan kelengkapan harian yang sempurna, kemudahan ruang rekreasi untuk kanak-kanak bebas bermain.

3) Lokasi Taska   

Lokasi taska haruslah seelok-eloknya berhampiran dengan kawasan lapang atau padang permainan ini kerana kawasan sebegitu sesuai dengan kanak-kanak kerana ia tidak bising, selamat bersih aman serta jauh dari pencemaran.

4)  Persekitaran Yang Sihat

Persekitaran yang sihat bermaksud suasana persekitaran yang ceria, peredaran udara yang semulajadi untuk kanak-kanak tinggal dengan selesa.

5) Pendidik/ Pengasuh  

Perwatakan seorang pendidik / pengasuh itu juga amat pentig untuk anda perhatikan, pastikan pakaian mereka sopan ,berakhlak mulia, sahsiah yang murni, serta mengamalkan etika sebagai pendidik yang sebenar.

6) Kebersihan / Penyedian Makanan.

Pemilihan menu makanan yang di sediakan di taska / tadika haruslah bersesuain dengan peringkat umur kanak-kanak. Makanan yang di sediakan di taska / tadika juga mestilah yang berkhasiat dan yang penting terjamin kebersihannya.

7) Bilangan kanak-kanak

Ini juga salah satu faktor terpenting semasa anda melakukan survey..pastikan nisbah kanak-kanak bersesuain dengan jumlah bilangan pendidik/ pengasuh serta keluasan kawasan taska juga perlu di beri perhatian.

8)  Kemudahan Kecemasan. 

Pengasuh / pendidik perlu mengetahui dan menguasai kemahiran bantuan awal kecemasan seperti "Infant and Child CPR" dan " Community First Aid and Safety" supaya jika berlaku kejadian yang tidak di ingini pihak pengasuh / pendidik boleh memberikan pertolongan kecemasan sementara menunggu pihak berkenaan datang.

9)  Penyimpanan Rekod Dan Dokumen

Pastikan taska mempunyai catatan dan rekod berkaitan kanak-kanak, butir peribadi ibu bapa dan keluarga, nombor telefon yang perlu di hubungi  sewaktu kecemasan dan sebagainya.

10) Kandungan Program didikan dan asuhan.  

Aktiviti taska terancang dan tersusun serta merangkumi aspek didikan dan asuhan yang telah di tetapkan.

Moga perkongsian berkenaan Panduan Memilih Taska ini menjadi panduan berguna buat para ibu bapa yang sedang mencari Taska buat anak-anak .


Salam Sayang;

Eita @ Mahligai Vitamin
012-7555470  

 

 


 
 


1 comment:

  1. thank u info

    sharing tips saya

    http://supplementsaya.blogspot.com/2015/01/tips-memilih-tadika-mandarin-untuk-ibu.html

    ReplyDelete

Anda Pengunjung Ke

DIRECT WASAP TANPA PERLU SIMPAN NUMBER

Labels

Alfalfa (10) B-Complex (15) Basic H Shaklee (3) carotomax (1) Cinch energy tea (4) Cinch Shake (3) collagen powder (3) CoQ10 (3) Detoks (5) Detox Parasit (1) Dish Wash Concentrate (1) DTX Complex (1) Ebook percuma pemakanan ibu hamil (1) Energizing Soy Protein (ESP) (21) garlic (3) GLA complex (5) Harga Vivix (4) Herb-lax (3) Herbal blend (2) Kelebihan Omega Guard (3) khasiat & manfaat alfalfa (2) Khasiat Garlic Shaklee (2) Kisah Anak-Anak (10) Kisah Mama (2) Kisah PaPa (1) Kisah vivix (3) lecithin (6) Manfaat omega guard (3) Manfaat Vivix (1) Masalah kesuburan Wanita (2) meal shake (4) Melambatkan penuaan (4) Melawan Kanser (3) Melawaskan Najis (3) memperbaiki tekstur rambut (2) mencegah penyakit jantung (2) Mengempiskan Perut (4) menguatkan tulang (4) mengukuhkan sistem imun (6) mengurangkan PMS (4) meningkatkan metabolisme (4) Menu sihat Ibu Berpantang (2) menurunkan kolestrol (6) meringankan stress (5) nephrotic syndrome (1) Nutriferon (1) Nutriferon Shaklee (1) Omega bakar lemak dengan pantas (1) omega guard (12) ostematrik (11) Ovarian cyst ketika hamil (2) Penyakit Gout (1) penyakit jantung (9) penyakit lemah jantung (1) penyakit semput (1) penyebab sakit jantung (2) Peppermint-Ginger Plus (1) performance drink (4) Sembelit (4) sendi dan otot (7) serangan jantung (2) Set 3M (3) Set B Ibu Menyusu (3) Set B1 ibu Menyusu + Ostematrik (2) set berpantang shaklee (8) Set Berpuasa Shaklee (2) Set Kehamilan Shaklee (2) Set Kencing Manis (1) Set Kesihatan Wanita (1) Set Kesuburan Lelaki (1) Set Kesuburan Wanita (1) Set Kurus Shaklee (1) set menyusu (1) Set Morning Sickness (1) Set Nutriwhite (1) Set Pemulihan Jerawat Shaklee (1) Set Penjagaan Kulit Nutriwhite (1) Set Penyusuan Shaklee (3) Set Ramadhan (2) Set Rambut Gugur (1) Set sembelit (1) set vitamin ibu hamil (1) Shaklee Vivix (2) Sijil halal Shaklee 2017 (1) susu ibu (8) tekanan darah tinggi (5) Testimoni vivix (3) tips minum 8 gelas air sehari (1) ubat berhenti merokok (1) Ubat Buang Angin dalam Badan (2) Ubat Gout Paling mujarab (1) Ubat paru-paru berair (1) Ubat Sakit lutut dan sendi (1) Ubat VS Vitamin (1) untuk anak-anak pickey eater (1) Vita C Chewable (1) Vita-C (14) Vita-E Complex (7) Vita-lea (10) Vitalea For Kids (1) Vitamin bantu kecutkan Cyst (2) vitamin c (3) vitamin e (1) Vitamin Ibu Hamil (3) vitamin ibu mengandung (1) vitamin kecutkan Cyst semasa mengandung (1) vitamin naikkan Hb ibu hamil (2) Vitamin Untuk Ibu Hamil (4) Vitamin Untuk Pelajar (1) Vittamin C (1) Vivix (6) Vivix Anggur Muscadine (1) Vivix keintiman (1) vivix kesuburan (1) Vivix lancarkan haid (1) Vivix Shaklee (2) vivix shaklee harga (2) Vivix Shaklee Price (2) Vivix Untuk Atasi Sembelit (1) WAHM Story (1) Zinc Complex (8)

TOP PRODUCT

Nak Harga Ahli Dan Dapatkan CASH BACK BONUS KLIK SINI | FREE MEMBERSHIP KLIK SINI
X