Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus KLIK SINI | Twin Pack Vivix Free Membership KLIK SINI
X

Wednesday, 29 January 2014

Vitamin C Shaklee Termurah Dan Terbaik!! - Sustained Release Vita C 500mg



Masih ramai lagi di luar sana yang masih tercari-cari Vitamin C terbaik untuk di ambil sebagai supplemen tambahan seharian, namun jangan tidak tahu sebahagian kecilnya mengatakan pengambilan Vitamin C tidak berapa penting untuk di amalkan,kerana katanya pengambilannya dari sumber makanan seharian sudah memadai. Tapi sebelum tu,mari kita lihat dulu simptom-simptom kekurangan vitamin C ini..

  • Luka lambat pulih
  • Sering dapat selsema
  • Cepat rasa tertekan
  • Cepat dan selalu rasa lemah dan keletihan
  • Nampak muka kelihatan kusam dan tak awet muda walaupun umur masih muda

Set Penjagaan Kulit - Nutriwhite

Selama ni asik-asik bercerita pasal supplemen shaklee je kan..ok hari ni kita bercerita pasal Set Penjagaan Kulit Shaklee -Nutriwhite pula..Haa..naper tak percaya Shaklee ada Set Penjagaan Kulit..hehehe..ok jom kita lihat setnya..

set nutriwhite shaklee



Monday, 27 January 2014

Kawal Kolestrol Dan Kesihatan Jantung Anda

Tahukah anda penyakit jantung merupakan punca utama kematian di Malaysia dan juga dunia. Kebiasaannya punca penyakit jantung adalah daripada kadar kolestrol yang tinggi. Apa itu kolestrol?? dan bagaimana anda boleh mengawalnya sekaligus memelihara kesihatan jantung anda.

Apa itu Kolestrol??

Kolestrol merupakan satu bahan yang lekit,seakan-akan lemak yang terdapat di dalam darah anda dan di setiap sel dalam badan anda. Sebetulnya kolestrol sangat penting untuk kesihatan anda kerana ianya di perlukan oleh badan anda untuk membuat tisu dan hormon yang tertentu.. Tetapi ,AWAS!!! sekiranya paras kolestrol dalam darah anda terlalu tinggi anda kemungkinan akan terdedah kepada risiko serangan penyakit jantung.

Jenis-Jenis Kolestrol

Terdapat beberapa jenis kolestrol,tetapi yang paling biasa di kenali ialah:-

1. Low-Density Lipoprotein atau Kolestrol LDL (Lipoprotein berketumpatan rendah atau kolestrol LKR) - Kolestrol LDL yang berlebihan akan menambahkan kolestrol dalam arteri anda dan kemungkinan menyebabkan penyakit jantung. Lebih tinggi paras LDL,lebih tinggi risiko anda untuk mendapat penyakit jantung. Itulah sebabnya kolestrol LDL sering kali dipanggil KOLESTROL JAHAT.

2. High-Density Lipoprotein atau kolestrol HDL (Lipoprotein berketumpatan tinggi atau kolestrol LKT)- Kolesrol HDL juga di kenali sebagai KOLESTROL BAIK kerana ia dipercayai menghapuskan kolestrol yang berlebihan daripada darah. Paras HDL yang tinggi seolah-olah melindungi daripada terkena risiko penyakit jantung.

3.Trigliserida - Satu lagi jenis lemak di dalam aliran darah. Seseorang yang mempunyai paras trigliserida dalam darah yang tinggi berkemungkinan juga mempunyai aras LDL yang tinggi atau paras HDL yang sangat rendah.


Shaklee mempunyai rangkaian supplemen yang boleh membantu mengawal kolestrol sekaligus memelihara kesihatan jantung anda,. Set ini lebih di kenali sebagai Set Sayangi Jantung Anda("LOVE YOUR HEART PROGRAMME"). Manfaat dari set ini ialah:-
  1. Membantu mengurangkann risiko penyakit jantung dan strok.
  2. Membantu mengekalkan tahap kolestrol yang baik.
  3. Membantu mengekalkan tekanan darah normal.
Set Sayangi Jantung Anda (Love Your Heart Programme) terdiri daripada :-

set jantung sihat



Fungsinya :-
  • Pengambilan asid lemak omega-3 seperti AHA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 
  • Asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.


Fungsinya:-
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolestrol.
  • Mengalakkan kesihatan kardiovaskular
  • Menurunkan kolestrol, LDL, trigliserida dan kelikatan darah.
  • Mengurangkan Blood Clot,meningkatkan HDL , melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
3.Vitamin E Complex (Klik Untuk Info Produk) 

Fungsinya:-
  • Vitamin E adalah sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otot , dan prostat. Di samping meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan sistem imun badan.

Fungsinya:-
  • Pemecahan lemak dan kolestrol - Lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah , pengambilan lecithin membantu mengemulsi dan memetabolismekan lemak, kolestrol, dan trigliserida di dalam tubuh.
  • Menghalang tekanan darah tinggi - Kerana ia mengalakkan peredaran darah.

Fungsinya:-
  • Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah yang optimum, menjadikan ESP sangat sesuai untuk penghidap kencing manis.
  • Protein membantu membina dan memperbaiki tisu-tisu badan.
  • Energizing Soy Protein (ESP) mengandungi 14 gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk menyihatkan jantung.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=676146e02384d1b95d54608ca2c60009


 ** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Sila lihat Disclaimer

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin Semulajadi Shaklee anda, saya adalah pengedar sah anda seluruh Malaysia. Sebarang pertanyaan boleh di buat dengan menghubungi saya di talian berikut:-


Nama:  Mahligai Vitamin @ Eita (ID 1081587)

Email : mahligaivitamin@yahoo.com

Phone/Message/WhatsApp: 012-7555470


DAN


DAN




"Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee?? Hubungi saya juga!!.Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan !. Wakil pengedar seluruh Malaysia masih di perlukan !. Dan anda juga akan di jemput ke group Ekslusif di Facebook"


Saturday, 25 January 2014

Kebaikkan Vitamin C Bukan Hanya Untuk Kulit Yang Cantik


Sumber Vitamin C dalam buah orange

Umum mengetahui Vitamin C mempunyai tugas yang penting dalam sistem badan kita,bukan hanya sekadar untuk kulit yang cantik menawan,bahkan banyak lagi fungsi-fungsi vitamin C yang membantu memelihara kesihatan tubuh badan kita...ok jom kita lihat apa lagi fungsi istimewa yang di bawakan oleh Vitamin C ini..


  • Vitamin C di perlukan untuk membantu pertumbuhan dan pembaikan tisu,fungsi kelenjar adrenal,dan juga mendapatkan gusi,dan gigi yang sihat.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selsema,serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolestrol,tekanan darah tinggi dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah,lebam,mengalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai anthistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selsema,dan mengurangkan gejala alergi yang lain.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen,yang membatu mencegah penuaan pra-matang.
  • Bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang,yang sering di rosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih ia amat berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Membantu merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk membantu memetabolismekan asid folik dan vitamin lain.
Vitamin C Shaklee adalah jenis Sustained Released atau pelepasan perlahan-lahan dalam masa 12 jam. Oleh itu,ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sustained Release Vita-C 500mg sila klik SINI
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Sila lihat Disclaimer

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin Semulajadi Shaklee anda, saya adalah pengedar sah anda seluruh Malaysia. Sebarang pertanyaan boleh di buat dengan menghubungi saya di talian berikut:-


Nama: MaMa Zaralisha @ Mahligai Vitamin @ Eita

Email : b_chantique@yahoo.com

Phone/Message/WhatsApp: 011-25811513


DAN


DAN




"Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee?? Hubungi saya juga!!.Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan !. Wakil pengedar seluruh Malaysia masih di perlukan !. Dan anda juga akan di jemput ke group Ekslusif di Facebook"



Apa Itu Vitamin??

Hampir setiap dari kita pernah mengambil vitamin,tidak kira lah apa tujuannya sekalipun,ada yang mengambil vitamin untuk memelihara kesihatan,untuk kecergasaan dan tidak kurang juga untuk kecantikkan. Vitamin dan ubat adalah dua perkara yang berbeza..jom kita lihat apa perbezaan di antara vitamin dan ubat.

Thursday, 23 January 2014

Set COMBO Paling Jimat

Set COMBO Paling Jimat!!..

Anda Mempunyai Masalah ....
  • Berat BERGANDA selepas BERSALIN???
  • KULIT HITAM, berKERAK,berJELAGA!!! Selepas berSALIN???
  • Ingin kembali ke BERAT ASAL dengan CEPAT??
  • Tapi Pada masa yang sama MENYUSUKAN ANAK??
  • Ingin kulit kembali CANTIK????
Kami ada penyelasaian kepada masalah anda!!
SMS/WhatsApp < COMBO SET BERSALIN> ke 012-7555470

Collagen Powder Shaklee- Membantu Anda kelihatan Awet Muda

Apa Itu Collagen Powder Shaklee?? 

Collagen Powder Shaklee
adalah supplemen kolagen yang unggul,mengandungi 4,000mg Kolagen RSS ( Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang di ekstrak dari Sisik Ikan Merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton (berat molekular disukat dalam Dalton) amat mudah di serap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.



Manfaat Utama Collagen Powder Shaklee
  • Semakin kita berusia tubuh kita makin kekurangan kolagen,mengakibatkan semakin banyak kedutan dan garis halus terjadi disamping kulit yang semakin kendur akibat proses penuaan. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita. Kerosakkan kolagen juga boleh di percepatkan dengan faktor luaran seperti matahari,radikal bebas di udara,air dan nutrisi,merokok dan banyak lagi. Justeru itu, Shaklee Collagen Powder, mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedutan.
  • Tampak Lebih Muda
          -  Kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan  semula.
          - Kuku akan menjadi lebih kuat,bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna  yang sihat.
          - Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat  dan ini akan membantu mengurangkan parut.
           - Membantu menghilangkan tanda penuaan.
  • Rasa Lebih Muda 
           - Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti juga tulang yang memerlukkan kalsium.
             Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
           - Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi.
          - Baik untuk mata. Kornea memerlukkan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata                       supaya tetap anjal.
          - Memastikkan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh  kolagen. Adalah penting untuk menentukkan agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik saat anda semakin berusia.




Fungsi Ramuan Utama Collagen Powder Shaklee



Kolagen Dari Sisik Ikan Merah 

Sisik Ikan Merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.

Ekstrak Biji Camellia Japonica

Biji Camellia Japonica terdiri dari asid oleik,satu emolien dan pelembap kulit yang hebat,dan isoflavon,antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

Ekstrak Pfaffia

Pfaffia yang juga di kenali sebagai ginseng Brazil, apabila di gabungkan dengan ekstak biji Camilla Japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut,lembap dan licin.

Elastin Dari Kolagen Ikan

Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit di tarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang,anjal dan elastik.

Vitamin C dan Vitamin B

Vitamin C mengalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B turut serta dalam mematabolismekan karbohidrat,lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang di perlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

Ekstrak Kerang- Kerangan

Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting didalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata

Lactobacillus Acidophilus

Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=460d2456c49e58dbb01c6723f6a3a560


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee anda,saya adalah  wakil pengedar sah anda seluruh malaysia. Sebarang pertanyaan boleh di buat dengan menghubungi saya di talian berikut:


Nama: Mahligai Vitamin @ Eita (ID 1081587)

Emel: mahligaivitamin@yahoo.com

Phone/Message/WhatsApp: 012-7555470




"Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee?? Hubungi saya juga!!.Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan !. Wakil pengedar seluruh Malaysia masih di perlukan !. Dan anda juga akan di jemput ke group Ekslusif di Facebook"


Wednesday, 22 January 2014

Stress - Atasinya Dengan B Complex Shaklee

Apa itu Stress (Tekanan)??

Menurut daripada seorang pengasas kepada teori stress Dr.Hans Selye,beliau telah mendefinasikan bahawa Stress ialah "Suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang di sebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya" .

Dr David B.Posen ( Lifestyle Counselor and Psychotherapist) pula mengatakan Stress ialah " Bebanan yang boleh wujud di dalam bentuk ancaman,cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuain yang selari dengannya.

Eustress - Ialah tekanan perasaan yang baik lagi positif. Tekanan Positif sangat penting di dalam kehidupan kita untuk menjadikan kita lebih terangsang ,kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan memberi sepenuh perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan.

Distress - Tekanan negatif yang kebiasaannya membuatkan kita hilang fokus atau tumpuan pada sesuatu yang sedang kita lakukan,kebiasaannya ia membawa kepada kemurungan.


Ketahui Apa Yang Berlaku Ketika Kita Stress!!

Tahukah anda ketika kita Stress,badan akan mengeluarkan hormon Adrenaline, ke dalam salur darah kita.  Hormon ini dan beberapa hormon lain akan berkerjasama menyebabkan terjadinya perubahan berlaku dalam tubuh kita. Antara perubahan itu ialah:-

  • Denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak,otot dan jantung)
  • Gula,lemak dan Kolestrol di dalam darah akan bertambah ( untuk memberi lebihan tenaga kepada badan)
  • Pernafasan seseorang akan lebih laju ( untuk menyalurkan lebihan oksigen yang di perlukan)
Tanda-Tanda Stress

Stress terbahagi kepada 4 bahagian:-
  • Fizikal - Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, loya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.
  • Mental - Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran, dan tidak boleh berjenaka.
  • Emosi - Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.
  • Perangai - Keluh kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan mengoyang- goyang kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit maki hamun, mengungkit-ungkit, menyalahkan orang lain dan bertindak agresif.
Masalah kesihatan Dan Penyakit Yang Timbul Akibat Stress 
  • Sakit Jantung dan Angin Ahmar ( Stroke) 
  • Insomnia atau Susah Tidur
  • Kencing Manis
  • Gastrik dan Ulser
  • Infeksi atau Jangkitan Kuman
  • Asthma
  • Darah Tinggi
  • Sakit Sendi (Rheumatoid Athritis)
  • Cirt-Birit
  • Sakit Usus ( Irritable Bowel Syndrome And Ulcerative Colitis)
  • Mandul 
  • Alahan Kulit
Doa Untuk Menghilangkan Stress Dan Tekanan


Kami di shaklee juga mempunyai supplemen yang mampu mengatasi Stress dan tekanan, malahan bukan itu sahaja,terdapat banyak manfaat lain yang dapat di perolehi daripada Vitamin B-Complex Shaklee (Klik Untuk Info Produk)


Siapa Yang Perlukan B-Complex
  • Mereka yang sentiasa sibuk dan Stress
  • Pelajar
  • Ibu Mengandung
  • Remaja
  • Orang Tua
  • Mereka yang kerap mengalami senggugut
  • Mereka yang mengalami alahan ( untuk membantu detoksifikasi badan)
  • Penghidap Anemia 
  • Ibu Yang Mengambil Pil Perancang
Kesan Kekurangan B-Complex
  • Keletihan dan masalah Kelesuan yang berpanjangan
  • Sakit Kepala / Pening
  • Migrain
  • Sukar Melawan Tekanan
  • Kemurungan
Fungsi B-Complex 
  • Membantu penghadaman
  • Tukar makanan kepada tenaga
  • Membantu tumbesaran
  • Membaiki masalah rambut beruban dan gugur
  • Untuk mata yang sihat
  • Untuk pencegahan anemia
  • Mengurangkan sengugut
  • Mengurangkan alahan
  • Untuk melegakan dan mengurangkan tekanan sel
  • Juga boleh di gunakan sebagai "Pain Killer"

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f3d205b3f8c2bb28c46e204c6f1b499d

Namun jika B-Complex Shaklee di gabungkan dengan beberapa Supplemen Shaklee yang lain ia akan membantu  menyelesaikan beberapa masalah lain seperti:

  • B Complex + Ostematrik = Masalah Sengugut
  • B Complex + Vit C + Vit E = Untuk Kulit Cantik
  • B Complex + Vitalea + Vit C = Untuk Kesihatan Optimum
  • B Complex + Vitalea + Vit C + Alfalfa = Set Penyusuan
  • B Complex + Vitalea + Zinc + Vit C = Set Berpantang
  • B Complex + Vit C + Alfalfa = Masalah Alahan
  • B Complex + Vitalea + Vit C + Ostematrik = Ibu Mengandung ( 1st Trimester)
  • B Complex + Vitalea + Vit C + Ostematrik + Omega Guard = Ibu Mengandung(2nd & 3rd Trimester)
Testimoni Pelanggan







Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee anda,saya adalah  wakil pengedar sah anda seluruh malaysia. Sebarang pertanyaan boleh di buat dengan menghubungi saya di talian berikut:




Nama: Mahligai Vitamin @ Eita (ID 1081587)

Emel: mahligaivitamin@yahoo.com

Phone/Message/WhatsApp: 012-7555470




"Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee?? Hubungi saya juga!!.Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan !. Wakil pengedar seluruh Malaysia masih di perlukan !. Dan anda juga akan di jemput ke group Ekslusif di Facebook"



Monday, 20 January 2014

Produk Shaklee Semakin Meletop- Letop !!

Dari hari ke hari semakin ramai yang mengenali Produk Shaklee, manakan tidaknya info berkenaan Produk Shaklee terlalu banyak di perkatakan,hampir setiap hari ada saja promosi berkenaan produk shaklee tidak kira dari mulut-ke mulut,blog,forum,facebook,twitter,instagram dan macam-macam lagi medium sosial yang lain.


Perkongsian cerita dan pengalaman sendiri berkenaan produk Shaklee memang banyak.. Tak Percaya?? Mari saya tunjukkan koleksi-koleksi testimoni yang ada,










Haa..macam mana dah baca testimoni-testimoni tu..tu cuma sebahagian kecil sajer yang ada dalam simpanan saya...Haaa...Apa?? tunjuk semua!! mana boleh..kalau tunjuk semua tak cukup sehari semalam nanti saya nak upload kesemuanya,kesian saya kan.. 

Ok..Produk Shaklee ni terdiri daripada:
  1. Set Kehamilan Shaklee
  2. Set Kecantikkan Shaklee
  3. Set Penyusuan Shaklee
  4. Set Pemulihan Jerawat Shaklee
  5. Set Sembelit / Buasir Shaklee
  6. Set Kesuburan Lelaki
  7. Set Slimming Shaklee
  8. dan bermacam-macam set lagi yang ada..hehe..
Opppss!!!..lupa pulak nak beritahu yang Shaklee ni paling bestnya ialah CASH BACKnya, anda beli dan anda dapat pulangan kembali ( Ni kena tanya saya bagaimana yer..hehe..) Nak tahu lebih lanjut sila klik CASH BACK


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee anda,saya adalah  wakil pengedar sah anda seluruh malaysia. Sebarang pertanyaan boleh di buat dengan menghubungi saya di talian berikut:



Nama:  Mahligai Vitamin @ Eita (ID 1081587)

Emel: mahligaivitamin@yahoo.com

Phone/Message/WhatsApp: 012-7555470


"Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee?? Hubungi saya juga!!.Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan !. Wakil pengedar seluruh Malaysia masih di perlukan !. Dan anda juga akan di jemput ke group Ekslusif di Facebook"











Masalah Kesuburan Lelaki - Atasinya dengan Set Lelaki Perkasa


Siapa kata lelaki tidak memerlukan SUPPLEMEN??..Sebetulnya merekalah yang paling perlu untuk mengambil SUPPLEMEN!!..Kerana Apa?? Kerana gaya hidup mereka yang menyebabkan mereka-mereka ni boleh di katakan kehilangan banyak nutrisi dalam badan mereka menyebabkan terjadinya masalah kesuburan lelaki ?? Kenapa,?? tak percaya?? Cuba kita lihat sekeliling kita..berapa kerat sangat lah lelaki-lelaki yang tidak merokok? boleh di katakan dari 10 lelaki hanya 1 orang je yang tak merokok..kan..kan.. 



Itu belum lagi nak di kira faktor sekeliling, kawasan tempat berkerja,adakah terdedah kepada bahan kimia bertoksik ,ataupun terdedah kepada suhu panas yang tinggi, Ia menjadi punca kepada menurunnya kualiti dan kuantiti sperma. Begitu juga dengan stress. Stress mengakibatkan timbulnya masalah hormon. Cegah stress dengan senaman, dan kekal kan berat badan ideal kerana ia mempengaruhi tahap estrogen dan testosteron. Ia adalah salah satu jalan penyelesaian kepada masalah kesuburan lelaki.

Cara Untuk Meningkat Sperma Yang Sihat
  • Amalkan Seks yang sihat - Ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin seperti Klamidia (disebabkan serangan sejenis bakteria) dan Gonorea (kencing nanah).
  • Amalkan pola makan yang sihat - Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran,kerana dalam buah -buahan dan sayuran hijau kaya dengan antioksidan.
  • Kekalkan berat badan ideal - Kebanyakkan kajian yang telah di buat menunjukkan bahawa ,berat badan berlebihan mengakibatkan kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan kualiti sperma serta pergerakkan sperma.
  • Uruskan tekanan (Stress) - Stress mengakibatkan gangguan pada hormon terjadi. Ini mengakibatkan fungsi seksual terganggu.
  • Senaman - Banyakkan pergerakkan dalam aktivi harian,senaman adalah salah satu cara untuk mengekalkan berat badan yang seimbang.
Makanan Berkhasiat Yang Penting Untuk Mengatasi Masalah Kesuburan Lelaki

set lelaki perkasa

Zink - Zink meningkatkan tahap kesuburan lelaki melalui peningkatan tahap sperma,memperbaiki bentuk,fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan. 
Sumber makanan yang mempunyai zink ialah :- hati lembu,tiram,daging,biri-biri,daging rusa,bijan,biji labu,dadih,ayam belanda,kacang hijau dan udang. Namum perlu di beri perhatian zink boleh rosak jika di masak dan beberapa jenis makanan yang tinggi kandungan zik lebih baik di makan mentah,misalnya dari tumbuh-tumbuhan.  Jika anda rasa terlalu sukar untuk mendapatkan sumber zinc,usah risau Shaklee ada jawapannya,kami mempunyai Supplemen Zinc Complex (Klik Untuk Info Produk) ia berbentuk tablet dan mudah di telan.

Selenium - Diperlukkan untuk menghasilkan sperma.Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga di dapati mengandungi selenium yang rendah. Sumber Makanan Mengandungi Selenium : Hati,ikan jenahak,Ikan Kod,Tuna,Salmon,Sardin,Udang,Cendawan butang dan Ayam belanda.
 Supplemen Shaklee yang mengandungi Selenium ialah Vita-E Complex ( Klik Untuk Info Produk) 

CoQ10 - Meningkatkan mortaliti sperma dalam air mani. Ia juga antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakkan akibat radikal bebas. Ia mungkin memberi kesan lebih baik kepada kesihatan telur. Shaklee juga mempunyai supplemen CoQ10 (Klik Untuk Info Produk) 
Saya juga pernah membincangkan berkenaan bagaimana CoQ10 membantu mengatasi masalah kesuburan lelaki. Klik Sini Untuk Membaca Artikel Tersebut


Asid Folik Dan B12 - Lelaki yang tahap asid foliknya rendah meningkatkan risiko bagi sperma mengandungi terlalu sedikit atau banyak kromosom,manakal B12 pula dapat meningkatkan jumlah sperma. Suplemen Shaklee yang mengandungi Asid Folik dan B12 adalah B-Complex (Klik Untuk Info Produk)

Vitamin C - Penting untuk mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleic acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada berkelompok,menjadikkan ia lebih bergerak. Vitamin C Shaklee (Klik Untuk Info Produk)


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=86d73f9a9eafbf2a1bc89961929ab3e0

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin Semulajadi Shaklee anda, saya adalah pengedar sah anda seluruh Malaysia. Sebarang pertanyaan boleh di buat dengan menghubungi saya di talian berikut:-

Nama: Mahligai Vitamin @ Eita

Email : mahligaivitamin@yahoo.com

Phone/Message/WhatsApp: 012-7555470


DAN


DAN




"Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee?? Hubungi saya juga!!.Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan !. Wakil pengedar seluruh Malaysia masih di perlukan !. Dan anda juga akan di jemput ke group Ekslusif di Facebook"


Sunday, 19 January 2014

Selepas 7 tahun menderita akibat JERAWAT akhirnya......




Apa itu Jerawat Batu??

Jerawat batu (Cystic Acne) kebiasaannya berukuran besar,warnanya yang agak terang mudah di lihat lebih menghitam dan teksturnya sangat kasar,ia juga di sertai dengan peradangan (inflamasi) sehingga terasa sakit,pedih dan biasanya menyebar ke seluruh wajah serta merosakkan kulit wajah.

Penyebab Jerawat Batu.

  • Gaya Hidup - Pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi lemak dan karbohidrat biasanya antara punca penyebab munculnya jerawat batu, Stress juga salah satu punya menyebabkan timbulnya jerawat..soo..siapa nak muka licin berseri kena sentiasa cool ok..hehe
  • Faktor Keturunan - Anak-anak yang lahir daripada ibu bapa yang mempunyai masalah jerawat batu juga tidak terkecuali akan mendapatkan masalah yang sama.
  • Allergy Makanan -  Kebiasaanya allergy makanan ini lebih terarah kepada makanan seafood contohnya udang,sotong,ketam dan sebagainya.
  • Keadaan Kulit - Kulit yang berminyak biasa nya faktor utama terjadinya jerawat batu disebabkan faktor hormon,diet tinggi lemak dan karbohidrat atau kerana cuaca yang sangat panas. Kulit yang mudah berpeluh juga menjadi salah satu faktor jerawat timbul.
  • Sel Kulit Mati - Pada usia dewasa pelepasan sel kulit mati menjadi lambat,ini juga boleh mengakibatkan jerawat.
  • Sinar Matahari - Kita sedia maklum bahawa sinar matahari mengandungi faktor pembentuk vitamin D,namun jika terlalu lama terdedah kepada sinar matahari yang tinggi,ia boleh mengakibatkan kerosakkan kulit terutamanya kulit wajah,dan kerosakkan itumenjadi punca awal datangnya serangan jerawat batu.
  • Kosmetik Wajah - Hampir kesemua produk kosmetik megandungi bahan kimia,dan jika ia di pakai terlalu lama ia cukup berpotensi menjadi perosak kulit wajah dan seterusnya menyebabkan datangnya jerawat atau pengelupasan kulit.
  • Bakteria - Ia menjadi penyebab timbulnya jerawat batu kerana ia dapat berkembang biak dengan jayanya dalam kelenjar kulit yang tersumbat dan menghasilkan toxin yang menyebabkan iritasi pada kulit.
  • Penyumbatan Kelenjar Kulit - Penyumbatan kelenjar kulit biasanya terjadi akibat kotoran ,debu yang bercampur keringat dan minyak dari pori-pori wajah,dan ini yang menyebabkan jerawat batu.
                           

Cara Mencegah Jerawat Batu 

Pola makanan yang sihat dan teratur adalah cara terbaik untuk mencegah munculnya jerawat batu, perbanyakkan makan sayu-sayuran dan buah-buahan segar. Kerana selain mengandungi vitamin,buah dan sayuran juga mengandungi banyak mineral, dan yang terpentingnya mineral yang baik untuk kesihatan kulit dan pembasmi jerawat adalah ZINC dan KROMIUM

Sumber makanan yang kaya dengan Zinc ialah, daging,produk tenusu dan juga kekacang. Zinc berfungsi sebagai antioksidan dan mengatur pengeluaran kelenjar minyak,ia juga membentuk jaringan kulit dengan cepat serta ia juga memperkuatkan sistem kekebalan tubuh. 

Sementara Kromium juga membantu menjaga warna kulit yang sihat serta dapat melawan jangkitan dalam tubuh. Kromium boleh di dapati pada sumber makanan seperti kacang tanah,almond bayam,epal,dan juga pisang.

Apa....???? Anda sukar mengambil mineral yang di sebutkan di atas dalam diet harian anda??? Usah bimbang Di shaklee kami juga ada supplemen untuk membantu anda mengatasi masalah jerawat batu,dan insyaAllah berkesan, tetapi janganlah harapkan supplemen kami seperti MAGIC pula,makan hari ni esok jerawat sudah hilang..semua juga perlukan proses untuk supplemen berkerja mengatasi masalah jerawat batu anda, dan suka juga di ingatkan pengambilan air sekurang-kurangnya 2 liter sehari sangat-sangat membantu mengoptimumkan keberkesanan setiap supplemen yang anda ambil.. ok banyak dah bercerita kan jom kita tengok apa dia supplemen-suplemen tu..

set jerawat


Ok Set Pemulihan Jerawat terdiri daripada:-

Haa..ingat tak saya ada mention tadi salah satu punca terjadinya jerawat batu adalah di sebabkan Stress. Ok Vitamin B-Complex ni tersangatlah bagusnya untuk mengurangkan stress.Makanan-makanan yang kaya dengan Vitamin B ni adalah sayur-sayuran hijau berdaun,daging,telur dan ikan.Vitamin B juga sangat membantu dalam peredaran darah,mengurangkan kadar kolestrol dan membantu dalam metabolisme protein,lemak dan gula. Jadinya kalau anda semua tidak berkesempatan untuk memakan makanan yang kaya Vitamin B itu..adalah di galakkan untuk mengambil supplemen B-Complex Shaklee.

Vitamin E ialah vitamin asas untuk kulit cantik dan ia juga adalah antioksidan yang kuat,dan berupaya melawan radikal-radikal bebas yang mampu merosakkan sel-sel kulit. Vitamin E  membantu mepercepatkan pertumbuhan kulit dan memperbaiki struktur kulit. Makanan yang kaya dengan vitamin E adalah kekacang,almond,biji bunga matahari dan brokoli.Jika anda mempunyai masalah jerawat yang agak teruk,dosage vitamin E yang di syorkan adalah sebanyak 400UI sehari.

Vitamin C dan juga bioflavanoids antioksidan yang sangat diperlukan untuk melancarkan metabolik dalam badan, Fungsi Vitamin C ialah memulihkan sel-sel dalam badan,melawan jangkitan kuman dan meningkatkan kadar immuniti badan. Sementara Bioflavanoids pula memainkan peranan penting sebagai antibakteria dalam tubuh. Untuk merawat dan menghilangkan jerawat sekurang-kurangnya 1000mg Vitamin C di perlukkan setiap hari.

Zinc adalah mineral dan bukannya vitamin,namun zinc juga amat penting dalam menghilangkan jerawat. Ini kerana zinc membantu memulihkan luka dengan cepat dan juga mengurangkan kesan-kesan luka akibat jerawat. Kekurangan zinc juga merupakkan penyebab kepada munculnya jerawat. Dosage zinc yang di cadangkan adalah antara 25-30mg sehari untuk menghalang jerawat.

Seperti yang telah kita bincangkan di atas tadi Kromium merupakan sejenis mineral yang sangat penting untuk mengatasi jerawat batu. Ia merupakan sejenis mineral yang boleh membantu melawan jangkitan kulit. Kebiasaannya kandungan kromium dalam tubuh amat kurang jika kita sering mengambil diet yang kaya dengan gula. Maka kurangi pengambilan gula dan sila tingkatkan pengambilan Kromium sehingga 150mcg sehari.

Ok sekarang semuanya sudah jelaskan,tentang perihal Jerawat Batu dan cara-cara untuk mengatasinya, semoga artikel ini bermanfaat untuk anda semua ya...

Kisah perkongsian seorang wanita yang pernah mengalami jerawat teruk di muka...lepas 7 tahun mengalami masalah jerawat teruk akhirnya beliau berjaya mendapatkan produk yang benar-benar menjadikankan kulit mukanya bebas dari jerawat...


               

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f925407353b2aaefee1a0c3b31be5fc1


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin Semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi,saya adalah wakil pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan boleh di buat dengan menghubungi saya di talian berikut:-


Nama: Mahligai Vitamin @ Eita (ID 1081587)

Emel: mahligaivitamin@yahoo.com

Phone/Message/WhatsApp: 012-7555470


DAN


DAN





"Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee?? Hubungi saya juga!!.Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan !. Wakil pengedar seluruh Malaysia masih di perlukan !. Dan anda juga akan di jemput ke group Ekslusif di Facebook"




Sharing Is Caring