Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus KLIK SINI | Twin Pack Vivix Free Membership KLIK SINI
X

Saturday, 30 August 2014

Catatan Kehamilan Ku : Episod 1

Assalamualaikum....

Catatan Kehamilan Ku????... eh..eh...surprise...I'm pregnant again...perasaan ku??? masyaAllah tentu lah gembira...lagipun Ica dan Inas dah besar...mengikut perkiraan masa baby lahir nanti Ica dah 4 tahun manakala Inas dah masuk 3 tahun...oklah tu kan...cuma Inas masih menyusu dan harap-harap nanti Inas bolehlah berkongsi dengan baby nanti...jadi Tandem Nursing ....insyaAllah...

kehamilan
                                                            Princess KesayanganKu...

Saturday, 23 August 2014

Jom Belajar Buat Cheese Tart..

Assalamualaikum....

Entry kali ni saya nak berkongsi resepi dan cara-cara nak buat cheese tart...bukan apa bagi pengemar segala jenis tart ni..tak kira lah cheese tart ke, fruit tart ke, egg tart ke....bila makan memang confirm-confirm tak cukup sebiji kan..hehehe...contohnya saya sendirilah..saya kalau makan memang tak boleh nak berenti..laju je amik sebiji ...sebiji...huhu bahaya uolss... so demi kepuasan saya dan juga family akhirnya mem"rajinkan" diri mencuba membuat cheese tart....

Cheese Tart Yang Telah Siap Di bakar.. 

Memula dah siap tu..merasa sendiri..emm..boleh tahan..cheese tart yang telah siap, setelah di sejukkan saya simpan dalam peti sejuk..al maklumlah cheese kan sedap makan bila sejuk..di tambah pula dengan filling bluberry yang ada di dalam nya...huhu..sangat sedap dan lazat rasanya...dengan keranguppan tart shell nya..membuatkan anak-anak makan pun tak cukup satu...

Wednesday, 20 August 2014

Kisah Swiss Roll Zirafah

Salam semua...kisah swiss roll zirafah ni bermula di kala seminggu selepas raya..tah macam mana teringin pulak nak merasa kek swiss roll zirafah ni... bukan apa terliur bila tengok gambar swiss roll  zirafah ni dari blog Azlita Masam Manis tu...

                                        Eh..Eh...ni zirafah asli..bukan swiss roll zirafah yer..

Ibu Hamil Selami Emosi Mereka.

ibu hamil
        Di Saat diri di sah kan hamil...perasaan  gembira tidak terkata. Namun dalam masa yang sama emosi berubah sedih apabila memikirkan anda akan kehilangan kebebasan hidup.

      Bertenang, tidak perlu terlalu gusar, seorang wanita bukan hanya mengalami perubahan fizikal sepanjang kehamilan,namun ibu hamil juga mengalami perubahan emosi.

Artikel ini mengajak bakal ibu serta bapa memahami beberapa perubahan emosi yang berlaku terjadap ibu hamil sebagai panduan menjalani tempoh Kehamilan. 

Tuesday, 12 August 2014

Kemeriahan Syawal Ketuk-Ketuk Aidilfitri iReach 2014











Assalamualaikum uolls....

Haaa...masih di bulan syawal yang mulia dan masing-masing pun sibuk buat open house, sana sini undangan open house memang kenyang sungguh makan bulan syawal ni..oppps.. badan pun terasa berat sikit dah..hahaha...tak mengapa usah risau Set Kurus Shaklee kan ada....

Sempena Aidilfitri yang mulia ni..family besar kami iReach Family yang di bawah naungan Master Lyna Noh & Master Zainol telah mengadakan open house..tapi bukan HOUSE yer..open HOTEL...hohoho..HOTEL uolss..haha..saja bagi caption besar. Open Hotel ni di beri nama Ketuk-Ketuk Aidilfitri iReach 2014 bertempat di Hotel Grand Bluewave.



 ..walaupun pada permulaannya kami di minta membayar rm25 untuk menyertainya..namun tidak di sangka duit kami di pulangkan semula sebaik kami mendaftar masuk....dah tu dapat doorgift lak tu...

ketuk-ketuk ireach
                                              
Doorgift istimewa beg Pierre Cardin yang bercop iReach Shaklee...Lechitin dan herb lax...hehehe memang sungguh kami di suruh detox ni lepas pesta makan syawal...

Namun masih ada hadiah istimewa dari pihak tuan rumah...8 orang yang berkehendakkan Collagen Powder Shaklee PERCUMA yang bernilai RM298.00 di minta untuk tampil ke hadapan untuk berkongsi cerita perjalanan Bisnes Shaklee mereka.

ketuk-ketuk iReach
                                       Perkongsian Dari Sahabat Kami Zaleha Awaludin

Kemeriahan sangat terasa di majlis-majlis sebegini kerana kami memang jarang berjumpa, hanya berkomunikasi melalui facebook,whatsapp dan berwebinar...di kesempatan majlis sebegini lah kami nak beramah mesra dan mengeratkan ukhwah supaya menjadi lebih mesra...

            Master Zainol sedang memberikan ucapan sambil di iringi keriuhan anak2 bermain

Havoc jadinya bila anak-anak mengambil alih pentas....namun Master Zainol steady je tak terusik sikit pun dengan kehadiran mereka di pentas...memang bisnes shaklee kami ni..berkonsepkan bisnes family..pasangan dan anak-anak di benarkan di bawa bersama-sama...so tak payah lah nak fikir-fikir nak letak anak kat mana...bawak je mereka ni...mereka pun tentu seronok jumpa kawan baru...

ketuk-ketuk aidilfitri





Sewaktu majlis makan Ketuk-Ketuk Aidilfitri iReach 2014 berlangsung kami di sajikan dengan video dari Team Aku Sayang Bini (ASB) walaupun lakonan mereka mengelikan hati namun terselit mesej yang amat bermakna menyingkap rahsia 50K...

Terasa kemeriahan syawal kami dengan adanya majlis Ketuk-Ketuk Aidilfitri iReach 2014 ni..moga di tahun hadapan kami dapat berkumpul lagi..dan insyaAllah saya akan kongsikan lagi kemeriahan dan kelebihan bersama group iReach Team kami di entry yang akan datang...sebelum itu selamat menonton video ini...

Wasalam...

Salam Sayang Dari Saya ;
iR Eita 012-7555470              


Thursday, 7 August 2014

Makanan Seimbang Rahsia Kecantikkan Wanita Anggun

makanan seimbang
Wanita dan kecantikkan memang tidak dapat di pisahkan.....apatah lagi pada zaman yang serba maju dan canggih ini, tanggungjawab wanita sudah berlipat kali ganda..tidak hairanlah wanita kini ramai di gelar "SUPERMOM". Namun walaupun di gelar supermom..wanita tetap perlu menitik beratkan soal makanan seimbang. Pernah dengar kan pepatah english yang berbunyi " We Are What We Eat"...

Ya...memang benar sekali..kita adalah apa yang kita makan..Makanan Seimbang adalah rahsia kecantikkan wanita anggun masa kini, bukan sahaja kecantikkan malahan kesihatan kita pasti terjaga jika kita mengamalkan Makanan Seimbang.

Mari saya tunjukkan beberapa Makanan Seimbang yang boleh menjaga kecantikkan dan kesihatan kita sebagai seorang wanita.

Monday, 4 August 2014

Ayam Madu Berempah BBQ Di Malam Raya

Assalamualaikum...

Seminggu dah syawal berlalu...salam lebaran buat semua. Saja nak berkongsi cerita...malam raya yang lepas giliran kami sekeluarga beraya di Felda Sg Mas, kota Tinggi. Oleh kerana hanya kami sekeluarga dan adik bongsu suami saja yang ada...so suami mencadangkan supaya kami ni berBBQ di malam raya...yerlah nak masak-masak juadah raya daku tak begitu arif..hehe..daku bercadang nak buat Ayam Madu Berempah

                                                   Hehe..ayam oohh ayam..

Bermulalah alkisahnya...daku start mengGoogle beberapa resepi Ayam Madu Berempah..memang terlalu banyak versi resepi Ayam Madu Berempah... namun dalam banyak-banyak tu ku tertarik dengan resepi ni..mudah,simple dan alhamdullilah setelah di cuba sangat sedap..

ayam madu berempah
                                                           Bahan-Bahan untuk di kisar


Sharing Is Caring