Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus KLIK SINI | Twin Pack Vivix Free Membership KLIK SINI
X

Friday, 6 March 2015

Resepi Puding Roti Karamel Yang Mengiurkan...

Cuaca panas sekarang ni kan...tekak ni pulak kalau dapat makan yang sejuk-sejuk alahai nyaman nya rasa... ^__^.

Mulalah fikiran ni melayang-layang memikirkan agar-agar lah..puding lah...wahaha..semua yang pastinya di makan sejuk-sejuk dan lazat rasanya...  ^__^.

Sebenarnya Puding Roti Karamel ni memang kegemaran saya sekeluarga...kalau buat seloyang tu..memang sekali ngap je lah langsai...memang tak derlah nak berbaki esok lusa punya makan...sekali hadap je...habis..

Dan resepinya memang dah banyak kali guna resepi yang ni...confirm menjadi dan sedap sekali...kalau tak caya kenalah mencubanya sendiri kan....

Ehsan dari Google je....daku punya tak sempat nak amik gambar. .. ^__^

Resepi Puding Roti Karamel


3 Sudu besar gula untuk di jadikan gula hangus
4 Keping roti gardenia
3 Biji telur A @ 4 biji gred B - dipukul manja dan di tapis
1 Cawan air suam
1 Cawan susu cair
1/2 Cawan susu pekat - Saya letak 3/4 cawan susu pekat 
1 Sudu kecil esen vanilla.

Cara Membuatnya :-

Cara Membuat Gula Hangus :-

1) Masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang( sila guna api kecil takut nanti gula jadi hangus ). 

2) Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati-hati gula panas) kacau hingga sebati dan matikan api.

3) Tuang terus dalam loyang, dan ketepikan seketika.

Dah siap buat gula hangusnya..kita teruskan buat yang lain-lain pula...sebelum tu sila Panaskan pengukus dulu yer..

4) Carik-carikkan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.

5) Selepas itu masukkkan telur yang sudah di tapisitu dan masukkan esen vanilla.Blend sebentar agar sebati.

6) Tuang adunan tadi ke dalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak anggara dalam 40minit- 1Jam.

7)Sejukkan dulu barulah di potong dan di hidangkan...


Haaa...senang je kan semua main blender je sekali...sedap-pun sedap boleh buat menu hi-tea...

Selamat Mencuba..

Salam Sayang:-

Mahligai Vitamin @ Eita 

012-7555470









3 comments:

  1. Ya Allah sedapnya..One off my favorite dessert...Makanak wajib di bulan puasa...Nak buat juga lah..hih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fisya..memang sedap..kak eita kalau buat memang laju jer habis..lagi2 kalau dah letak dalam peti ais...nyumm...nyummm..

      Delete
  2. Huhu. Sy pn slalu jgk buat puding caramel ni. Tp ta letak roti. Pnh cube yg letak biskut je. Huhu. Boleh cube ni.

    ReplyDelete

Sharing Is Caring