Thursday, 28 May 2015

[ Part 1] : Pengalaman Pertama Mama bersalin Cesarean / Czer .

Assalamualaikum dan Salam sejahtera pembaca Mahligaivitamin.com...


SEKADAR CORETAN BUAT KENANGAN

Entry ni lebih sekadar ingin mengabadikan cerita dan pengalaman supaya memori ini tidak sesekali hilang atau lupus di ingatan,lebih-lebih lagi buat tatapan dan bacaan kala besar nanti untuk ketiga-tiga puteri kesayangan MaMa, Nur Alisha Hana, Zara Nur Inas dan juga baby czer MaMa Imanina Nur Syi'fa.

Seperti yang di janjikan...MaMa akan menceritakan pengalaman pertama MaMa melahirkan secara cesarean aka czer...huhuhu bukan selektif yer..tapi emergency czer... T__T.
 
Due date MaMa sepatutnya 19/4/2015...memang MaMa mengharapkan agar kali ini MaMa tidak melepasi due date yang di tetapkan, almaklumlah pengalaman bersalinkan Ica dan Inas dua2nya MaMa overdue seminggu, sehingga memaksakan MaMa "menyerah" diri dalam keadaan terpaksa di Hospital Besar Sultanah Aminah JB..huhuhu....

pengalaman bersalin czer


Ingatkan kali ni dapatlah bersalin "tanpa di paksa " namun rupa-rupanya rancangan Allah lebih hebat...nak di jadikan cerita masa kandungan 36weeks suatu malam tu terasa perut memulas-mulas bagai nak rak..dalam hati kata "ehh..nak bersalin ke aku ni???"


So dengan senang hatinya pergilah hospital pontian checkup...setelah di check jalan..ternyata jalan masih belum buka Nurse kata "OS Closed" T__T kecewanya...tapi saya tetap di tahan di wad..sebab doktor kata MaMa ada kencing kotor @ UTI (Urinary Tract Infection) ,lagipun doktor kata tekanan darah serta kandungan gula dalam darah MaMa tinggi.. doktor mula suspek MaMa ada GDM ( Gestational Diabetes Mellitus) atau bahasa mudahnya kencing manis semasa hamil.

Lama juga merasa keboringan di tahan di wad...tak pasal-pasal di kategorikan sebagai ibu hamil kategori diabetes...kenalah terima segala makanan diet diabetes..huhu tak best tau..pastu kena pulak amik darah 4 kali sehari... pagi, tengahhari, petang dan malam...
Akhirnya setelah doktor rasa puas hati dengan tahap kandungan gula MaMa..MaMa di "bebaskan" dengan syarat MaMa mesti di rujuk ke pakar dietician.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Diabetes Semasa Hamil ( Klik SINI )

Ehhh..panjang pulak membebel...ok balik pada cerita czer tadi...sampaikan pada tarikh due date tu MaMa masih rasa sangat sihat tak de rasa tanda nak bersalin pun...surat rujukan ke hospital besar Sultanah Aminah yang bertarikh 25/4 dah sampai ke tangan huhuhu... T___T.

25/4/2015

Sampailah hari yang di nantikan...sesampainya di Hospital Sultanah Aminah MaMa terus di masukkan ke bilik saringan, kat situ macam biasalah check BP, check CTG ,check jalan...huhu..
yang tak bestnya graf CTG baby tak berapa cantik kata doktor, doktor mula check jalan pulak... jalan dah bukak 3cm..doktor minta izin MaMa pecahkan air mentuban, terasa panas je bila air mentuban tu keluar...

Tapi tetiba MaMa tengok muka doktor berkerut2.. doktor terus jerit "Prepared for OT now!, emergency czer "...erk..apakah ini..MaMa tetiba blur emergency czer???? Kenapa ??? Kenapa tak boleh bersalin normal ke???..

Doktor terus hampiri MaMa, " Puan, kita kena buat emergency czer sekarang juga, memandangkan air mentuban puan dah hijau, graf CTG pun tak cantik, Fetal Distress dah ni...panggil suami puan yer saya nak suruh dia sain borang kebenaran."


Oh my.... MaMa dah mula mengalirkan air mata...bila PaPa datang..PaPa cium pipi dan dahi MaMa..suruh MaMa selawat dan mengucap banyak-banyak..MaMa lihat PaPa juga turut sama mengalirkan air mata...

Misi-misi kelam kabut tukarkan MaMa baju putih, baju untuk pembedahan, MaMa di naikkan ke troli, di pasangkan jarum di kiri kanan tangan untuk tujuan masuk ubat lah gaknya..huhuhu..sungguh MaMa tak tahu..dan dah tak kuasa nak ambil tahu..yang penting baby selamat.

Debaran di hati MaMa Allah je yang tahu..lebih-lebih lagi bila MaMa di tolak laju oleh misi-misi yang berlari menuju ke bilik pembedahan...MaMa lihat PaPa juga turut berlari sama...

Sampai di pintu bilik pembedahan, MaMa dengar misi bagitau PaPa "Encik, pembedahan ni akan mengambil masa 3 jam...jika Encik nak turun makan minum pergilah dulu yer.."
Dalam hati..uish kalau PaPa turun tinggalkan MaMa..tak tahulah nak cakap macam mana... T___T

Keadaan masa tu amat kelam kabut sekali...semua yang ada dalam tu pantas buat kerja masing-masing..masa tu datang pulak misi pakaikan MaMa macam shower cap tu..pastu doktor pakar bius datang memperkenalkan diri..katanya dialah pakar bius yang akan membiuskan MaMa..katanya MaMa akan di biuskan separuh badan sahaja..setelah di terangkan akan segala komplikasi yang berlaku,MaMa di minta untuk duduk. 

Misi datang menghulurkan sebiji bantal,dia suruh MaMa kepit bantal tu di celah kedua-dua ketiak,lalu MaMa di minta untuk membongkok sedikit...masa tu dapat rasa doktor tu tekan-tekan tulang belakang MaMa..agaknya mencari posisi yang sesuai nak cucuk kot...sebelum cucuk sempat dia bagitau dulu.."Puan saya nak bius puan sekarang ni...tahan yer puan.."...huhuhu T__T jantung MaMa berdegup pantas...masuk je jarum bius tu...MaMa tersentak...Allahu...sakitnya..menitik air mata MaMa menahan sakit...

Usai sudah proses membius MaMa di baringkan...tangan kedua-dua belah di depakan dan di letakkan atas tempat khas...masa tu doktor bius tu tanya."Puan dah rasa kebas-kebas ke kaki???"
MaMa hanya menganggukkan kepala, beberapa misi datang membawa besi penghadang dan kain tebal..menutupi pandangan MaMa..lampu bedah macam dalam drama kat TV tu mula di buka... sangat terang mujur kain tebal tu menghalang pandangan MaMa kalau tak dah tentu silau.....

pengalaman bersalin czer
                      Macam nilah situasi MaMa ketika itu...


Bersambung.....nantikan sambungannya di PART 2 .... ^___^


Salam Sayang;

MaMa Chantique @ Mahligai Vitamin;
012-7555470

2 comments:

  1. hai kecut perut baca kisah czer kak eita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...fisya kecut perut, k.eita ni sampai sekarang rasa fobia..lagi2 kalau tgk perut sendiri...

      Delete

Anda Pengunjung Ke

DIRECT WASAP TANPA PERLU SIMPAN NUMBER

Labels

Alfalfa (10) B-Complex (15) Basic H Shaklee (3) carotomax (1) Cinch energy tea (4) Cinch Shake (3) collagen powder (3) CoQ10 (3) Detoks (5) Detox Parasit (1) Dish Wash Concentrate (1) DTX Complex (1) Ebook percuma pemakanan ibu hamil (1) Energizing Soy Protein (ESP) (21) garlic (3) GLA complex (5) Harga Vivix (4) Herb-lax (3) Herbal blend (2) Kelebihan Omega Guard (3) khasiat & manfaat alfalfa (2) Khasiat Garlic Shaklee (2) Kisah Anak-Anak (10) Kisah Mama (2) Kisah PaPa (1) Kisah vivix (3) lecithin (6) Manfaat omega guard (3) Manfaat Vivix (1) Masalah kesuburan Wanita (2) meal shake (4) Melambatkan penuaan (4) Melawan Kanser (3) Melawaskan Najis (3) memperbaiki tekstur rambut (2) mencegah penyakit jantung (2) Mengempiskan Perut (4) menguatkan tulang (4) mengukuhkan sistem imun (6) mengurangkan PMS (4) meningkatkan metabolisme (4) Menu sihat Ibu Berpantang (2) menurunkan kolestrol (6) meringankan stress (5) nephrotic syndrome (1) Nutriferon (1) Nutriferon Shaklee (1) Omega bakar lemak dengan pantas (1) omega guard (12) ostematrik (11) Ovarian cyst ketika hamil (2) Penyakit Gout (1) penyakit jantung (9) penyakit lemah jantung (1) penyakit semput (1) penyebab sakit jantung (2) Peppermint-Ginger Plus (1) performance drink (4) Sembelit (4) sendi dan otot (7) serangan jantung (2) Set 3M (3) Set B Ibu Menyusu (3) Set B1 ibu Menyusu + Ostematrik (2) set berpantang shaklee (8) Set Berpuasa Shaklee (2) Set Kehamilan Shaklee (2) Set Kencing Manis (1) Set Kesihatan Wanita (1) Set Kesuburan Lelaki (1) Set Kesuburan Wanita (1) Set Kurus Shaklee (1) set menyusu (1) Set Morning Sickness (1) Set Nutriwhite (1) Set Pemulihan Jerawat Shaklee (1) Set Penjagaan Kulit Nutriwhite (1) Set Penyusuan Shaklee (3) Set Ramadhan (2) Set Rambut Gugur (1) Set sembelit (1) set vitamin ibu hamil (1) Shaklee Vivix (2) Sijil halal Shaklee 2017 (1) susu ibu (8) tekanan darah tinggi (5) Testimoni vivix (3) tips minum 8 gelas air sehari (1) ubat berhenti merokok (1) Ubat Buang Angin dalam Badan (2) Ubat Gout Paling mujarab (1) Ubat paru-paru berair (1) Ubat Sakit lutut dan sendi (1) Ubat VS Vitamin (1) untuk anak-anak pickey eater (1) Vita C Chewable (1) Vita-C (14) Vita-E Complex (7) Vita-lea (10) Vitalea For Kids (1) Vitamin bantu kecutkan Cyst (2) vitamin c (3) vitamin e (1) Vitamin Ibu Hamil (3) vitamin ibu mengandung (1) vitamin kecutkan Cyst semasa mengandung (1) vitamin naikkan Hb ibu hamil (2) Vitamin Untuk Ibu Hamil (4) Vitamin Untuk Pelajar (1) Vittamin C (1) Vivix (6) Vivix Anggur Muscadine (1) Vivix keintiman (1) vivix kesuburan (1) Vivix lancarkan haid (1) Vivix Shaklee (2) vivix shaklee harga (2) Vivix Shaklee Price (2) Vivix Untuk Atasi Sembelit (1) WAHM Story (1) Zinc Complex (8)

TOP PRODUCT

Nak Harga Ahli Dan Dapatkan CASH BACK BONUS KLIK SINI | FREE MEMBERSHIP KLIK SINI
X