Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus KLIK SINI | Twin Pack Vivix Free Membership KLIK SINI
X

Thursday, 28 May 2015

[ Part 1] : Pengalaman Pertama Mama bersalin Cesarean / Czer .

Assalamualaikum dan Salam sejahtera pembaca Mahligaivitamin.com...


SEKADAR CORETAN BUAT KENANGAN

Entry ni lebih sekadar ingin mengabadikan cerita dan pengalaman supaya memori ini tidak sesekali hilang atau lupus di ingatan,lebih-lebih lagi buat tatapan dan bacaan kala besar nanti untuk ketiga-tiga puteri kesayangan MaMa, Nur Alisha Hana, Zara Nur Inas dan juga baby czer MaMa Imanina Nur Syi'fa.

Seperti yang di janjikan...MaMa akan menceritakan pengalaman pertama MaMa melahirkan secara cesarean aka czer...huhuhu bukan selektif yer..tapi emergency czer... T__T.
 
Due date MaMa sepatutnya 19/4/2015...memang MaMa mengharapkan agar kali ini MaMa tidak melepasi due date yang di tetapkan, almaklumlah pengalaman bersalinkan Ica dan Inas dua2nya MaMa overdue seminggu, sehingga memaksakan MaMa "menyerah" diri dalam keadaan terpaksa di Hospital Besar Sultanah Aminah JB..huhuhu....

pengalaman bersalin czer


Ingatkan kali ni dapatlah bersalin "tanpa di paksa " namun rupa-rupanya rancangan Allah lebih hebat...nak di jadikan cerita masa kandungan 36weeks suatu malam tu terasa perut memulas-mulas bagai nak rak..dalam hati kata "ehh..nak bersalin ke aku ni???"

Wednesday, 20 May 2015

Ubat Buang Angin Dalam Badan Selepas Bersalin Semudah ABC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada semua pembaca Mahligaivitamin.com..

Alhamdullilah...saya dah pun selamat melahirkan Puteri Ketiga saya pada 25/4/2015 secara pembedahan..huhuhu emergency czer yer..nanti saya kongsikan pengalaman czer saya dan juga pengalaman saya "berkampung" di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selama 12 hari...

Apa yang saya nak kongsikan di sini hari ni adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri mengunakan Ubat Buang Angin yang sangat simple pengunaannya semudah ABC jer...


ubat buang angin selepas bersalin


Almaklumlah menjadi kebiasaan wanita lepas bersalin nikan mempunyai masalah angin dalam badan...saya mula rasa badan berangin dan tak selesa pada hari kedua selepas pembedahan...perut rasa kembung..tak sedawa apatah lagi nak kentut kan...saya mula rasa angin tu dah naik kat kepala, pening yang amat sangat, dan rasa sangat mual2 dan saya kerap kali muntah....

Sebelum..saya ni membebel lebih lanjut...ibu-ibu semua ni tau ke apa makanan yg boleh menyebabkan badan kita berangin????Haa.... tau ker?? ok meh saya list kan beberapa makanan yang boleh menyumbangkan angin dalam badan kita...

Sharing Is Caring