Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus KLIK SINI | Twin Pack Vivix Free Membership KLIK SINI
X

Wednesday, 24 June 2015

Surirumah @ Housewife Jangan Downgradekan KERJAYA Kami..

EMOSI...

Pertemuan dengan rakan lama membuatkan MaMa sedikit sentap....waaa..bukan nak beremosi bagai pepagi ramadhan ni...tapi aderlah terguris hati sikit..wahaha..

Pertanyaan di ajukan seperti biasa...

Si Polan :  " Kerja mana sekarang??" 

MaMa :  "Ohh.. aku kerja dari rumah je...bisnes online,bisnes makanan dan Supplemet untuk kesihatan..."

Si Polan : Hemm...graduate UiTM tak kerja?? rugi jelah belajar tinggi-tinggi. ( bayangkan bercakap sambil senyum sinis)..anyway bisnes supplement apa kau buat ni???

MaMa : Supplement Shaklee ( Hati dah rasa meluat nak layan )

Si Polan : Bisnes Shaklee??? Best ke ??

Wahai Si Polan yang bertuah..meh nak habaq mai...Hidup kita ini pilihan...Kita berhak memilih apa yang kita nak buat...apa yang kita suka, dan sepatutnya tanpa perlu memikirkan apa orang nak kata tentang hidup kita...

surirumah


Wednesday, 17 June 2015

Happy Bornday Inas - 3 Years Old

FIRST TIME..


Semalam buat pertama kalinya Inas sambut besday dengan kawan-kawan kat sekolah... selama ni bukannya tak pernah sambut besday dia..tapi ada je halangannya bila time besday dia datang... 

Start dari MaMa bungkuskan goodie untuk kawan-kawan Inas dah excited asik tanya je bila ma..bila besday adik ( HEHEHE...adik lah sangat )

Sebenarnya bornday Inas yang sebenar 18/6 tapi memandangkan time tu dah puasa so kenalah buat awal...









Happy bornday anak MaMa...MaMa doakkan Inas semoga jadi anak yang solehah penyejuk hati MaMa n PaPa...

P/s - PaPa sanggup cuti tau sebab nak tengok Inas sambut besday...HEHEHE..  ^__^


SALAM SAYANG;

MaMa Chantique @ Mahligaivitamin

012-7555470

5 Rahsia Mencapai Pola Hidup Sihat

Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah caranya untuk mecapai pola hidup yang sihat???...Pola hidup yang sihat berkait rapat dengan aktiviti harian individu, bagaimana kah dan apakah gaya hidup seseorang itu...

Mengapa perlu dan pentingnya kita mengamalkan pola hidup yang sihat?? 

 Dengan mengamalkan pola hidup sihat, secara tidak langsung kita dapat meningkatkan jangka hayat hidup kita bahkan kesihatan kita juga turut terpelihara.

Kita juga mampu mengurangkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti diabetis, darah tinggi, penyakit jantung,angin ahmar (stroke), dan juga kanser.


pola hidup sihat

Bahkan bukan itu sahaja, anda juga mampu meningkatkan stamina di samping membuatkan hidup anda lebih baik dan lebih produktif untuk menikmati kehidupan anda sepanjang hari.


Disini MaMa kongsikan 5 Rahsia bagaimana untuk mencapai Pola Hidup Sihat...

1) Amalkan Pemakanan Seimbang
         Nikmatilah pelbagai jenis makanan dari pelbagai jenis sumber mengikut piramid makanan yang betul...jangan sesekali "skip" waktu makan utama, terutamanya Sarapan, tengahhari dan malam. Melepasi waktu makan hanya akan membuatkan anda kelaparan, dan seterusnya membuatkan anda makan berlebihan di waktu makan yang seterusnya.

         Bersederhana lah ketika makan, anda di syorkan makan sedikit tetapi kerap...perhatikan "portion" makanan anda. Pastikan juga rendah gula,garam dan juga lemak.

2) Katakan Tidak Pada Rokok
       Tahukah anda bahawa merokok meningkatkan risiko mendapat 40 jenis penyakit berbahaya seperi kanser paru-paru, penyakit jantung, angin ahmar. Merokok juga boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu-tisu dalam badan. Asap rokok juga mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).
Berusahalah untuk menjauhi rokok...Klik SINI untuk mengikuti pengalaman bagaimana seorang perokok tegar dapat menghilangkan ketagihannya terhadap rokok... 

3) Aktiviti Fizikal 

       Mulakan aktiviti fizikal anda hari ini, aktifkan diri anda...sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu. Jika tidak biasa mulakan aktiviti fizikal anda 10 minit pada tiap sesi, dan seterusnya di tingkatkan mengikut tahap penerimaan tubuh anda. 

      Pilih lah aktiviti fizikal yang bersesuai dengan anda contohnya berjogging, berenang, aerobik , berbasikal, berjalan kaki, naik turun tangga dan sebagainya. Penting untuk melakukan pemanasan badan sebelum memulakan apa jua aktiviti fizikal.
 
4) Bijak Tangani Stress

         Stress di alami hampir semua orang samada di rumah, sekolah, tempat kerja. Apabila stress tidak di tangani dengan bijak membuatkan seseorang itu hilang punca dan arah. Lihatlah berita-berita amukkan sentiasa berlaku, itu petanda bahawa seseorang itu berada di tahap stress yang melampau hingga kan hilang pertimbangan diri..

       Tangani stress anda dengan bijak, luahkan setiap permasalahan anda kepada orang yang boleh anda percayai...dan sebagai umat islam perbanyakkan lah membaca Al- quran dan berzikir untuk mendapatkan ketenangan jiwa.

            Klik SINI untuk mengetahui cara mengatasi Stress.

5) Amalkan Supplemen
        
      Supplemen bukan sebagai penganti makanan...ada orang silap pemahaman tentang supplemen, mereka fikir jika telah mengambil supplemen, pengambilan makanan tidak perlu di jaga..salah tu yer..

     Supplemen fungsinya menampung keperluan nutrisi di dalam tubuh badan kita,yang mana tidak dapat di penuhi semata-mata dengan sumber makanan, walaupun anda mengambil supplemen pemakanan dan diet harian anda masih perlu di jaga.. Pengambilan air juga amat penting..tahukah anda setiap 25Kg berat badan kita bersamaan dengan 1 Liter air... jadi jika berat badan anda 70Kg..kiralah berapa keperluan air anda???


 25KG = 1 Liter Air


Ok..dah tahukan 5 rahsia tersebut.."Prevention Is Better Than Cure" Mencegah lebih baik dari merawat....dan sememangnya kita amatlah di tuntut untuk menjaga kesihatan kita..supaya kita dapat menikmati kehidupan kita dengan lebih baik dan sempurna....insyaAllah..


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee anda,saya adalah  wakil pengedar sah anda seluruh malaysia. Sebarang pertanyaan boleh di buat dengan menghubungi saya di talian berikut:

Nama: Mahligai Vitamin @ Eita (ID 1081587)

Emel: mahligaivitamin@yahoo.com

Phone/Message/WhatsApp: 012-7555470

- See more at: http://www.mahligaivitamin.com/2014/06/set-berpuasa-shaklee-menjadikan-anda.html#sthash.icOOVmgX.dpuf
SALAM SAYANG;

MaMa Chantique @ Mahligaivitamin

012-7555470



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee anda,saya adalah  wakil pengedar sah anda seluruh malaysia. Sebarang pertanyaan boleh di buat dengan menghubungi saya di talian berikut:

Nama: Mahligai Vitamin @ Eita (ID 1081587)

Emel: mahligaivitamin@yahoo.com

Phone/Message/WhatsApp: 012-7555470

- See more at: http://www.mahligaivitamin.com/2014/06/set-berpuasa-shaklee-menjadikan-anda.html#sthash.icOOVmgX.dpuf

Thursday, 4 June 2015

Bila Inas Dah Rajin Nak Pergi Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca blog Mahligaivitamin.com...MaMa doakan agar kalian semua di berikan kesihatan yang baik, kaya dan berjaya dunia akhirat...amin...


KEBORINGAN MELANDA

Kisahnya bermula bila kakak rajin dah pergi sekolah...mulalah si Inas ni terkontang-kanting sorang-sorang kat rumah...boring bila kawan gaduh dia tak ada..mula-mula elok je main sorang-sorang..kadang-kadang, bila dah boring sangat, Inas pergi berdiri kat tingkap ruang tamu atoknya...dan jerit-jerit suruh kakak balik..hahaha... ^__^'



Ingat lagi ke kisah kakak ke sekolah...kalau tak ingat boleh klik sini yer...

 

 Bila dia dah buat macam tu...dah memang tahap dia boring giler ah tu...hahaha..Bila dah macam tu MaMa hari-hari saiko Inas...

MaMa kata;

"Kalau adik ( dah terbiasa panggil adik,walaupun dah ada baby Syi'fa) pergi sekolah kan..mesti adik ramai kawan macam kakak, cikgu baik tau..nanti adik boleh belajar ABC, Mengaji, Belajar Kira-kira..macam-macam lah..."

Inas :"MaMa teman adiklah..jaga adik kat school..."

MaMa :"Kakak kan ada..nanti kakak jaga adik lah..."

Inas : " Nanti adik nak yak sape nak basuhkan.."

MaMa: "Kalau adik nak yak,adik cakap ngan cikgu adik nak balik umah yak.."

(HEHEHE...^__^' mentang-mentang umah kat belakang sekolah jer )


AKHIRNYA SAIKO MAMA MENJADI....

Macam biasa petang sabtu MaMa akan gosok uniform sekolah kakak, tetiba Inas datang...

Inas : " Ma...gosokkan baju adik tau..esok adik nak pergi school" (dengan muka yang sangat serius )

MaMa : (Muka Blur...) "Betul ni adik nak pergi school??"

Inas : " Iyer...adik nak pergi school esok, 

MaMa: "Ok" ( Dalam hati biar betul...HEHE..)


KEESOKKANNYA.....  

Masa tengah mandikan kakak,tetiba Inas bangun...menangis... tanya gak dia kenapa bangun tido nak nangis ni..selalunya tak pernah gitu..
 Sekali tu..katanya 

" Kenapa MaMa tak kejut adik, adik kan nak pergi school hari ni.." ^__^' HAHAHAHA....adoiii anak-anak..ingatkan apalah tadi...

Siapkan kedua-duanya pakai uniform,then breakfast...pastu tetiba Inas suruh MaMa amik gambar !!!...

MaMa :"Gambar??? Nak buat apa amik gambar pulak ??" 

Inas : " Nanti MaMa anta kat PaPa lah gambar adik pergi school "

Errkk... ok..bijak bijak....




 
 Gambar-gambar bukti Inas pergi sekolah..HEHEHE... ^__^'...siap suh whatsapp kat PaPa lagi...aduhai anak..

Sejak dari tu...bermulalah episod MaMa lak yang terkontang- kanting keboringan kat rumah (Masa tu baby belom keluar lagi yer...)

Time for MaMa...untuk relaks sebentar sampai pukul 12tengahhari....HEHEHE...
memang lepas hari tu hari-hari kakak n Inas pergi sekolah..alhamdullilah lega...
moga anak-anak MaMa berjaya dunia dan akhirat..amin..


Salam Sayang;

MaMa Chantique @ MahligaiVitamin

012-7555470
 
 



Tuesday, 2 June 2015

[ Part 2 ] : Pengalaman Pertama MaMa Bersalin Cesarean / Czer

Assalamualaikum...dan Salam Sejahtera pembaca blog MahligaiVitamin.com...moga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya....

SAMBUNGAN DARI KISAH PART 1

Masih ingat kisah pengalaman czer MaMa???....Kalau terlupa ataupun ada yang terlepas entry MaMa yang lepas, boleh klik link di bawah yer...



pengalaman bersalin czer

Lepas MaMa kena bius dan di baringkan tu...MaMa rasa ngeri jer..dalam kepala ni,dah terbayang pisau tu toreh-toreh perut MaMa macam yang MaMa tengok kat Youtube... T__T. Ngeri.. Fikiran masa tu melayang pada kakak Ica dan kakak Inas, if something happen to MaMa today , boleh ker PaPa survive untuk jaga anak-anak MaMa ???....Agak-agak PaPa kawin lain tak ???? Muahahaha.... ^___^..Sorry PaPa.. itu yang terlintas di fikiran MaMa masa tu...

Lamunan MaMa terhenti,bila doktor pakar bius tu tetiba je datang kat tepi MaMa pastu ajak menyembang...doktor tu tanya MaMa, 

Doc : "First time ke Puan Czer ni??"

MaMa : "Aah Doc,anak sebelum ni bersalin normal"

Doc : "Ohh ok jangan takut Puan, tak rasa sakit pun...cuma masa nak keluarkan baby je, puan akan rasa macam kena cabut gigi..."

MaMa : Diam...( sebenarnya MaMa tengah menikmati, rasa macam org lukis-lukis kat perut MaMa )...

Sebenarnya...yang time MaMa rasa seperti di lukis tu, diaorg tengah toreh-toreh perut MaMa... huhuhu... T__T'

Sharing Is Caring