Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus KLIK SINI | Twin Pack Vivix Free Membership KLIK SINI
X

Wednesday, 8 July 2015

Sabun Basuh Pinggan Super Power Menghilangkan Kesan Lemak Degil Dengan Pantas

Dah nak raya ni kan...sure punya pinggan mangkuk berlambak-lambak dalam sinki kan...Stress kan nengoknya..memang tak kan kering tangan lah jawabnya..Ehh..merungut ke?? bukanlah merungut..hari rayakan memanglah tetamu ramai bertandang..tetamukan membawa rezeki..tul tak??

Tapi hari raya pertama memang penat nak mengolah pinggan mangkuk..bayangkanlah pinggan mangkuk yang di penuhi dengan kesan minyak degil, rendang lah...ketupat segala jenis lauk pauk..tapi MaMa paling stress kalau kena basuh  pinggan mangkuk bekas sup..lelemak putih tu kan..adoiii stress ooo..nak menyentalnya..



Tu belum masuk bab periuk belanga...Ohhh my..pengsan jap yer..tapi cuba kalau ada "pembantu" maksudnya pembantu yang memudahkan kerja membasuh pinggan mangkuk kita ni,tak perlu dah nak menyental periuk belangga pinggan mangkuk semua tu sampai berpeluh ketiak..wahaha ^__^ '

Meh kita tengok apalah yang Puan Salwa Salleh ni happy sangat bercerita pasal Sabun basuh pinggan dia ni...  ( Sabun basuh pinggan pun boleh jadi video tau..) Syok tu Sharing Is Caring kan...


                  


Haa..best kan Sabun Basuh Pinggan Super Power ni...Dah la bau dia wangi dan segar..lembut pulak pada tangan..memang sesuai sangatlah pada yang memang ada alergik pada sabun kan...

Ia juga semulajadi berasaskan tumbuh--tumbuhan, tiada bahan kimia yer..dan sangat selamat. hanya beberapa titis je boleh basuh satu singki pinggan mangkuk yang berlambak-lambak tu...Syokkan..

Apa lagi kom kita pakat-pakat beli sebotol pakai masa raya nanti..jimat dan memudahkan kerja kita kat dapur gakkan...

Kalau dah berkenaan tu jangan malu nak contact MaMa yer...whatspp pun boleh..

Salam Sayang;

MaMa Chantique @ Mahligaivitamin

012-7555470


Tips Halau Tikus Agar Terhindar Dari Penyakit Kencing Tikus

Sebut je tikus..MaMa dah geli geleman..entah kenapa geli benar rasanya dengan Mahluk Allah yang satu ni..siapa ada masalah yang sama dengan MaMa??...HUHUHU... >__<' meremang bulu roma kalau tikus ni melintas..

Tikus bukan sahaja binatang yang mengelikan bahkan ia juga mengundang penyakit yang boleh membawa maut, iaitu Penyakit Kencing Tikus.

Nak membasmi tikus juga suatu perkara yang sukar kerana tikus cepat membiak sekali melahirkan sekurang-kurangnya adalah 6-7 ekor dan jangka hayatnya juga panjang.



Monday, 6 July 2015

5 SEBAB KENAPA PERLU MINUM AIR BANYAK SEWAKTU BERPANTANG



Biasa kan kita selalu dengar orang-orang tua selalu cakap, masa pantang jangan minum air banyak sangat, nanti rahim kembang. Dan memang MaMa sendiri selalu lihat orang berpantang pengambilan airnya di had kan. Kenapa..??? Betul ke kalau minum air banyak tu rahim mengembang??

Dan apakah kekerapan membuang air kecil juga memberikan kesan buruk terhadap jahitan luka jika ibu itu bersalin normal???..



KEBAIKKAN MINUM AIR BANYAK SETIAP HARI

Minum air kosong dalam jumlah yang banyak setiap hari adalah amalan yang sihat, tidak kiralah samaada ketika ibu sedang hamil ataupun ketika berpantang.

Malah tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa rahim mengembang akibat pengambilan air yang banyak setiap hari. Begitu juga dengan kekerapan membuang air kecil tidak akan mendatangkan sebarang kesan buruk pada jahitan luka, tidak kiralah samaada ibu bersalin normal ataupun pembedahan.

Antara kebaikkan meminum air kosong setiap hari adalah seperti berikut:-

  1. Diri tidak akan rasa terhidrat akibat kekurangan air dalam badan, bahkan ibu-ibu akan berasa badan lebih segar dan sihat.
  2. Meminum air yang banyak sebenarnya membantu melancarkan penyusuan susu ibu.
  3. Minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari membantu proses nyahtoksin, ini mempercepatkan proses ibu untuk kembali ke berat asal sebelum mengandung.
  4. Mengurangkan rasa lapar, kita sering tersalah tafsirkan rasa lapar,namun sebenarnya rasa lapar itu adalah di sebabkan kekurangan air dalam badan.
  5. Mengurangkan serangan sakit kepala ( Dehidrasi merupakan salah satu punca sakit kepala)

Oleh itu ibu-ibu jangan pernah rasa takut untuk minum air secukupnya sekurang-kurangnya 3 liter sehari sewaktu BERPANTANG, demi untuk kebaikkan diri sendiri dan juga untuk menjayakan dan melancarkan proses PENYUSUAN SUSU IBU.

Salam Sayang,

MaMa Chantique @MahligaiVitamin

012-7555470




Sunday, 5 July 2015

Mari Belajar Buat Cream Puff

Cream Puff??...Siapa suka cer angkat keyboard skit... HEHEHE.. ^__^. Sedap kan cream puff ni, kalau filling dia custard pun dah sedap sangat..memang takkan sedar diri kalau makan tu...sebiji-sebiji masuk dalam mulut..HOHOHO  > _ <  memang dasyat penangan dia... tu baru filling custard... cuba kalau filling dia coklat ke..strawberry ke... uisshh...sumpah heaven giler masuk dalam mulut.

Tau ke macam mana nak buat Cream Puff yang gebu gebas tu...MaMa pun banyak godeh resepi-resepi dari internet..kalau bab-bab memasak ni memang suka ler sangat-sangat gi skodeng blog kak ita Masam Manis tu..

cream puff

So far setakat ni, memang resepi dia kalau MaMa buat memang menjadi.. Nak tahu resepinya..jom kita tengok...

Saturday, 4 July 2015

Bila Anak Dara Melawa Pusing Kepala MaMa

Kakak Ica ni hobbynya men"testing" baju-baju dalam almari, kalau di biarkan memang habislah satu almari boleh di bongkarnya.Pening kepala MaMa nak melayannya.yang Si Inas ni mengikut je..


Friday, 3 July 2015

Cinch Energy Tea Mix - Penganti Minuman Caffein Anda


Cinch Energy Tea Mix ialah salah satu tea keluaran Shaklee. Ia adalah minuman energy booster, membuatkan anda bertenaga sepanjang hari...Ia adalah pilihan alternatif terbaik mengantikan minuman kopi,soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.

APA YANG TERKANDUNG DALAM SHAKLEE CINCH TEA ENERGY MIX




KANDUNGAN CINCH ENERGY TEA MIX




TESTIMONI CINCH ENERGY TEA MIX





Haa...tu dia testimoni dari pelanggan yang pernah mencuba..memang terbaikkan effect Cinch Energy Tea Mix ni..memang energy booster..jadi pada yang ingin mencuba jangan malu jangan segan untuk menghubungi MaMa yer whatsapp pun boleh..

MaMa Chantique @ MahligaiVitamin

012-7555470


TIPS MENGATASI ANAK SUKA MENGUTIP



Pasti ibu-ibu pernah mengalamikan situasi anak yang suka mengutip kan? Tak kiralah samaada anak itu baru pandai mengesot,merangkak atau berjalan tatih, pasti hobi terbarunya ialah mengutip barang-barang yang di lihat di atas lantai lalu memasukkannya ke dalam mulut.

Ibu-ibu janganlah menjerit atau memarahi anak-anak tersebut kerana sebenarnya bayi yang sedang meningkat usia sedang berekplorasi dengan dunia sekelilingnya,begitulah kaedah pembelajaranya.



BAYI ANDA SEDANG BELAJAR MEMAHAMI

Bayi memahami dan mempelajari sesuatu benda dengan menjelajahi perkara-perkara yang berada di sekelilingnya, ia sedang cuba memahami sesuatu benda. Menurut teori perkembangan kognitif oleh Piaget, bayi melalui fasa pertama yang di panggil sensorimotor stage. Bayi mengenali persekitaran dan memahami dirinya mengunakan deria termasuklah lidah,mata,telinga,hidung dan kulit (bermaksud bayi merasa kepanasan dan kesejukan)

Sebab itulah kita biasa lihat kanak-kanak terutamanya cukup teruja bila melihat api lilin kan,
mereka akan cuba untuk memegangnya. Apabila tahu api itu panas mereka pasti tidak akan memegangnya lagi. Itulah sebenarnya cara pembelajaran mereka. Dan itulah juga sebab kenapa bayi terlalu sukakan aktiviti mengutip..kerana mereka sedang belajar dan cuba memahami alam sekeliling mereka. Mereka tidak akan tahu dan faham sebenarnya tindakan mereka itu berbahaya dan berakibat buruk pada kesihatan.

Justeru itu,kita sebagai ibu bapa, dan sebagai orang yang lebih dewasa sepatutnya wajib memastikan ruang permainan ataupun rumah kita sentiasa bersih dan tiada barang-barang kecil dan berbahaya yang bersepah di lantai yang boleh menyebabkan bayi kita mengutip dan seterusnya memasukkannya ke dalam mulut.

Dengan itu kebersihan rumah kita akan sentiasa terjaga,dan membuatkan bayi kita lebih selamat dari risiko tercekik. Persekitaran dan rumah yang bersih pastinya membuatkan seisi rumah kita hidup dalam keadaan yag sihat dan bahagia.

Sayangi keluarga anda dan bayi kecil anda,semoga info di atas bermanfaat untuk anda seisi keluarga.

Salam Sayang;

MaMa Chantique @ MahligaiVitamin


012-7555470

Thursday, 2 July 2015

Tips Cuci Barang Kemas Supaya Berkilau Dan Bersinar Di Pagi Raya

Amboiii..tajuk tak ingat tu...hehe yerlah dah nama pun raya kan...tipu lah kalau tak pakai seutas dua barang kemas kan... ^__^' paling-paling tidak pun gelang tangan, yerlah kalau pakai rantai kang..mana nampak kita dah bertudung..tak kan lah diaorang nak menyelak pulak kan......adoiii...

tips kilat barang kemas


Barangan kemas jangan lama sangat di simpan dalam peti harta karun yer..sebab  jika terlalu lama barang kemas tak di pakai boleh menyebabkan kena bayar zakat emas...kan..kan..

So dah nak raya ni..sila check balik ader ke tidak barang kemas tu dalam peti harta karun..HEHEHE.. ^__^..kalau ada cuba tengok elok lagi ke keadaannya..sebab kadang kala emas yang di simpan lama ni dia cepat kusam kan, tak caya pergi beli emas baru dan bandingkan dengan emas kita yang lama...lain kan...kan...

Style MaMa kalau bersihkann barangan kemas ni senang je...amik berus gigi yang dah tak pakai tu..amik ubat gigi..gosok jelah baran kemas tu..insyaAllah berseri lah balik..tak yah susah-payah nak hantar kedai cuci bagai..

Tapi kan ari tu MaMa ada terbaca orang gilapkan barang kemas guna pati teh, tak pasti mungkin serbuk teh atau uncang teh macam lipton tu ke.

Caranya mula-mula dia rendam dulu barang kemas dengan pati teh tu dalam besen atau mangkuk biarkan semalaman. Lepas tu keluarkan barang kemas tu satu persatu sambil mengosoknya mengunakan berus gigi lama, berus lah celah-celah tu dengan cermat dan teliti yer... lepas dah sudah tu bilas dengan mengunakan air bersih.

Bentangkan tisu lembut atau kain linen, biarkan barang kemas tu kering sendiri ( Peringatan jangan bentangkan kat kawasan orang lalu lalang pulak kang tak pasal je barang tu hilang...huhuhu )

Bila dah kering tu simpan balik dalam peti harta karun, dan dah boleh di gayakan pada pagi Syawal nanti yer..

Selamat mencuba.


Salam Sayang, 

MaMa Chantique

012-7555470

4 Tips Memilih Vitamin B Yang Terbaik

CIRI-CIRI B-COMPLEX YANG TERBAIK

Memang, terlalu banyak lambakkan vitamin dan supplement yang berada di pasaran...kadang-kadang sampai kita sendiri tak tahu mana yang terbaik untuk kita amalkan, ada yang murah ada yang mahal, dan jangan tak tahu ada juga vitamin sintetik yang berada di pasaran...awas jangan sampai anda tersalah pilih yer...

Macamana nak tahu B-Complex tu berkualiti dan terbaik...ok meh MaMa Share 4 tips macamana nak pilih Vitamin B..

b complex shaklee


1) B-Complex mesti mengandungi kesemua 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik.

Wednesday, 1 July 2015

6 Tips Agar Daging Rendang Cepat Empuk Dan Tidak Liat DiPagi Raya

Assalamualaikum pembaca blog mahligaivitamin.com serta salam ramadhan yang ke -14 ..sekejap je kan masa berlalu...

Tak lama lagi dah nak raya..dah siap ke biskut raya,baju raya,langsir raya,kereta raya??..opps...kereta baru ke tu??? HEHEHE ..^__^..

Hari raya tanpa ketupat,lemang rasa tak lengkap kan..kalau dah ketupat lemang ada..mestilah daging rendang pun ada kan...uisshh...tertelan air liur membayangkan juadah raya ni..maka memang tak heranlah kalau time puasa lost KG berkilo-kilo..tapi masuk je 1 Syawal naik pulak berkilo-kilo HEHEHE... ^__^'  betul tak..??..betul tak..?? Hehe kolestrol ooo banyak pagi raya..ngeri..haha jangan risau MaMa bagi TIPS CEGAH KOLESTROL yer..supaya lebih yakin untuk makan juadah raya..tak lah rasa bersalah sangat kan...

Ehh..melalut lah pulak..ok MaMa nak share macamana caranya nak percepatkan proses daging rendang kita empuk dan tak liat..makanya tak lah ada adegan gigi palsu tercabut pagi raya yer tak????

daging cepat empuk

TIPS AGAR DAGING CEPAT EMPUK

1) Kalau ikut pesan mak MaMa lah kan..kalau nak daging cepat empuk masukkan sudu atau garfu besi dalam rebusan daging kita tu, masukkan lah sebatang..tapi betul gak pernah lah juga buat..memang cepat juga empuknya..

Sharing Is Caring