Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus KLIK SINI | Twin Pack Vivix Free Membership KLIK SINI
X

Monday, 26 October 2015

Pengalaman Sendiri Mengatasi Kekejangan Kaki /Simpul Biawak / Simpul Mengkarung Di Trimester Ke3 Kehamilan

Kekejangan kaki atau simpuul biawak atau simpul mengkarung hampir di rasai oleh kebanyakkan ibu hamil terutama pada semester kedua dan terakhir kehamilan. MaMa dulu pun tak terkecuali masa MaMa mengandungkan Ica puteri sulung MaMa.

Masa tu belum bercinta lagi ngan si Ostematrix ni..kenal pun tidak sian kan.. Memang seksa...dah ler malas minum susu..lagilah menambah buruk keadaan.huhu..Boleh kata hampir setiap malam kena..tengah sedap-sedap tidur lena tetiba rasa betis tertarik tegang...uihhh sakit sangat..meleleh air mata.. memang PaPa lah jadi mangsa kena kejut tengah malam..urut-urut betis yang menegang ni..


Dari pembacaan MaMa Kekejangan kaki sewaktu hamil terjadi akibat di sebabkan beberapa punca iaitu :-

1) Kurangnya unsur mineral dan nutrien dalam badan seperti magnesium,calcium,potasium dan sodium. Kekurangan ini berlaku akibat dari bayi anda mengambil apa saja yang di perlukannya daripada simpanan badan ibu hamil.

2) Rahim (uterus) yang semakin membesar juga memberikan tekanan kepada salur darah besar pada kaki anda.

3) Sebenarnya otot kaki ibu hamil cepat letih kerana membawa bebanan yang berat sepanjang hari.Sama juga dengan keadaannya jika anda bersukan,berlari dan tidak kurang juga jika anda berdiri sepanjang hari.

APA MAMA BUAT JIKA BERLAKU KEKEJANGAN INI...

1) Biasanya PaPa lah jadi tukang urut..biasa PaPa akan urut di sepanjang betis kaki..picit-picit sikit kaki yang terkejang tu.

2) Buat sedikit regangan atau senaman tapak kaki. ( Rujuk Gambar )



3) Minum air suam atau susu panas sebelum tidur..bukan sahaja memberi bekalan kalsium bahkan membuatkan tidur ibu hamil lebih lena.

Tapi bagi yang tak suka atau susah sangat nak minum susu..boleh ambil secara tablet, MaMa ambil Ostematrix Shaklee. Vitamin yang kaya dengan Kalsium dan magnesium.

Korang Tau Tak , Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas,kekejangan,sakit sendi dan artritis.

Jadi, sangat tepat bukan sahaja, pengambilan kalsium mampu menyelesaikan masalah kekejangan pada ibu hamil, bahkan ia juga mampu menyelesaikan masalah sakit pinggang,sakit gusi,gigi...yang biasa melanda saat ibu hamil.

Tujelah pengalaman MaMa dengan Ostematrix ni..memang lepas telan je Ostematrix ni sebelum tidur..dah takde lagi masalah kaki terkejang-kejang..nyaman sangatlah tidurnya..lena sampai ke pagi.

Kalau nak merasai nikmatnya lena hingga ke pagi tanpa terkejang-kejang..bolehlah cuba sendiri Ostematrix Ni.. boleh hubungi @ Whatsapp 

MaMa Chantique@ Mahligaivitamin

012-7555470


Sourcers:

1) http://www.babycenter.com.my/a1043396/kejang-kaki-dalam-kehamilan
2) http://drzubaidi.com/blog/memahami-kekejangan-otot-kaki/

Selamat Pagi Semua...Wake Up..Wake Up...


Friday, 23 October 2015

Senyumlah Walaupun HidupMu Terasa Berat





Langit tidak selalu indah...
Adakalanya mendung datang bertamu..
Begitu jua dengan kehidupan...
Kadangkala kita merancangnya begitu teliti,
Namun kita seringkali terlupa bahawanya..
Allah itu sebaik-baik Perancang yang ada.


Allah itu tahu yang kita sedang susah,
Allah itu tahu kita semakin terdesak,
Namun kenapa Allah tidak memberi..
Apa yang kita minta???

Bersabarlah wahai kawan,,
Allah itu memberi mengikut keperluanmu,
Bukan mengikut kehendakmu,

Suatu saat pasti doamu akan termakbul jua..
Bersabarlah....
Saat ini,ukirkan senyuman tanda kesyukuran,
Pasti suatu saat mendung itu akan berarak pergi..


Salam Sayang;

MaMa Chantique @ MahligaiVitamin

Thursday, 22 October 2015

Teknik Feng Fu : Terapi Ais Untuk Keremajaan Tubuh

Pagi ni MaMa dapat lagi Ilmu baru hasil perkongsian dari Umie rakan dari Group Whatsapp Shaklee MaMa. Terima Kasih Umie sudi berkongsi Ilmu baru ni dengan MaMa..MaMa abadikan di sini supaya tidak hilang dan sama-sama berkongsi Ilmu dengan semua para pembaca MahligaiVitamin.com

teknik feng fu terapi ais


" Tahukah anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika di tempelkan dengan ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.

In Sya Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera. Badan kita juga akan terasa ringan dan bertenaga.

Melakukan terapi tersebut secara berkala di percayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.

Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.

fenggfu teknik


Dalam ilmu akupuntur Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu,yang bermaksud "rumah angin".Menurut rawatan tradisional Cina, teknik  meletakkan ais pada titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikkan keseimbangan fisiologis semulajadi. 

Di Samping itu, memberikan stimulasi emosional yang positif dan "meremajakan" seluruh tubuh. Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada titik Feng Fu.

Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kitaakan menjadi ringan , lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.

Beberapa penghidap migrain sendiri, mengakui terapi ini ternyatalebih efektif untuk mengatasi migrain di bandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Terapi ini juga dapat meningkatkan mood dan membangkitkan perasaan segar, kerana teknik ini menstimulasi perlepasan Endorfin dalam aliran darah.

Teknik ini mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10-20 minit.

Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk selama30-40 saat,tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat. 

Manfaat Menampal Ais Pada Titik Feng Fu.

Menempelkan ais pada titik Feng Fu berkhasiat untuk:-

1) Mengatasi sakit kepala dan migrain.

2) Meringankan sakit gigi dan sakit sendi.

3) Mencipta kesan relaks.

4)Meningkatkan tenaga dan menghindarkan keletihan.

5) Meningkatkan kualiti tidur

6) Memperbaiki sistem pernafasan dan sistem kardiovaskular.

7) Mengatasi Asma

8)Mencegah sering bersin dan hidung berair.

9) Mengatasi ganguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang.

10) Membaiki sistem pencernaan

11) Menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual.

12) Mengatasi masalah kegemukkan dan masalah pemakanan.

13) Mengatasi masalah ganguan kelenjar tiroid

14) Membantu masalah Arthritis, hipertensi dan hipotensi.

15) Menghilangkan selulit.

16) Mengatasi ganguan kitaran haid, kemandulan, endokrin dan kesuburan.

17) Mengatasi ganguan psiko-emosional,stress,keletihan dan insomnia.


Luar biasa sekali bukan??..Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum. Oleh itu,sebarkanlah , insya Allah orang lain juga akan mendapat manfaat bersama.. " 



Salam Sayang;

MaMa Chantique @ MahligaiVitamin.com

012-7555470

Tuesday, 20 October 2015

Macamana Nak Dapatkan Manfaat Bawang Putih Tanpa Mengunyah Bawang Putih


Hampir kebanyakkan rumah pasti mempunyai bawang putih..selalu bawang putih ni kita guna dalam tumisan masakkan kan..tumis..tumis dan goreng..haiisshh..hilang terus zat..abis cam ne nak dapatkan zat bawang putih tu tanpa mengunyah bawang putih tersebut mentah-mentah..




HUHUHU... >__< ' siapa sanggup makan bawang putih mentah-mentah. MaMa kalau tergigit pun boleh terpening terus rasanya... Teringat dulu masa di Universiti ada sorang roomate MaMa ni memang lah suka makan bawang putih..malahan setiap kali dia balik dari kampung mesti membawa pulang sebalang jeruk bawang putih ,dan itulah kudapan beliau saat mengulangkaji pelajaraan...huhu...^__^'.

Tapi kulit muka dia..memang marvellous ( bak  kata Jarjit Upin Ipin) dah la halus mulus..sebiji jerawat pun payah nak hinggap..dan kalau dilihat gaya pemakanan orang korea pun mesti setiap suapan ada garlic ni..so kalau 10 suapan ..10 biji garlic lah..haaa..gitu.. tengok sendirilah kan..macamana mulusnya kulit orang korea..betul tak.....

GARLIC SHAKLEE PENYELAMAT 
Mujur juga lah Shaklee ada keluarkan Garlic..so tak payahlah nak mengunyah bawang putih mentah-mentah. Garlic Shaklee ni di perbuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan di tanam secara organik di California,USA di waktu musim panas.

Ia di hasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin Aktif ( tidak semua tablet garlic yang di jual di  pasaran mengandungi Allicin Aktif) .

Dwi teknologi juga di gunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian juga menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba ( Rosemary dan Spearmint). Ia nya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita. 


SETIAP 2 TABLET MEMBEKALKAN 1000MG EKSTRAK GARLIC TULEN= 2 ULAS GARLIC SEGAR




MANFAAT UTAMA GARLIC :-

1) Mengandungi Spearmint :- Mempertingkatkan sistem penghadaman dan juga fungsi jantung.

2) Antibiotik Yang Selamat Dan Semulajadi :- Garlic ialah antibiotik semulajadi. Ianya selamat untuk pengunaan jangka masa panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti SELSEMA, KULAT, KUMAN ,VIRUS, DAN YIS CANDIDA


3) Menghalang Alergi :-  Mempertingkatkan halangan penyakit berkaitan sistem imun seperti hidung yang sensitive,sinus, alergi,asthma,selesema,hepatitis.

4) Mempertingkatkan Sistem Penghadaman:- Formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut,gastrik, ketidakhadaman,. Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori bakteris dan menghalang ulser gastrik.

5) Memoderatkan Tekanan Darah Tinggi :- Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.

6)Detoksifikasi ;- Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, Plumbum dan Kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia.

7) Menurunkan Kolestrol :- Garlic mampu untuk menurunkan kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL , melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

8) Mencegah kanser ;- membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kanser - Nitrosamine

9) Menstabilkan Glukos - Menolong menstabilkan glukos di dalam tubuh kita.



                      60 Tablets - RM 50.35 ( Tidak Termasuk Postage)

** Cas Postage pada kadar rata Semenanjung -RM 10.60 Sabah & Sarawak- RM21.20


Ingin mendapatkan khasiat bawang putih tanpa perlu mengunyah bawang putih dapatkan Garlic Complex Shaklee anda hari ini..hanya klik gambar di bawah dan anda akan terus boleh membeli secara online sekarang.




Atau boleh hubungi / Whatsapp:-

 MaMa Chantique @ MahligaiVitamin

012-7555470

Sources:

1) http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-300-garlic.aspx?activeingredientid=300&activeingredientname=garlic


2) http://authoritynutrition.com/11-proven-health-benefits-of-garlic/

Thursday, 8 October 2015

Bahaya Ke Bila Urin Jadi Kekuningan Lepas Makan B-Complex

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pembaca blog MahligaiVitamin.com.  Kebelakangan ini MaMa sering di hujani dengan pertanyaan 



" KENAPA URIN SAYA JADI KUNING PEKAT LEPAS MAKAN B-COMPLEX"

Ok..jangan panic yer...sebelum MaMa berikan jawapan mari MaMa terangkan dulu serba sedikit berkenaan B-Complex Shaklee.( Klik Untuk Info Lanjut)


VITAMIN B, VITAMIN LARUT-AIR

B-Complex Shaklee ni mengandungi 8 komponen penting Vitamin B, termasuklah 100% Biotin dan Asid Folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada dalam vitamin B-complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Vitamin B adalah vitamin larut-air,sebarang lebihan tidak akan di simpan sebaliknya di singkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu sangatlah penting untuk kita mengambil B-Complex setiap hari.

Setiap 1 tablet B-Complex Shaklee mengandungi :-


  • Vitamin B1 - Thiamin (as Thiamin Mononitrate)
  • Vitamin B2 - Riboflavin
  • Vitamin B3 - Niacin ( as Niacinamide)
  • Vitamin B5 - Panthothenic Acid ( as d-Calcium Pantothenate)
  • Vitamin B6 - Pyridoxine
  • Vitamin B7 - Biotin
  • Vitamin B9 Fotate -( as Folic Acid)
  • Vitamin B12 - Cobalamin


BAHAN MANA YANG MENYEBABKAN URIN KEKUNINGAN?

Sebenarnya yang menyebabkan urin bewarna kekuningan adalah di sebabkan vitamin B2 atau di kenali sebagai Riboflavin.

Riboflavin pertama kali telah di temui oleh Alexander Wynter Blyth pada tahun 1872, namun pada tahun 1879 ia telah di laporkan sebagai "lactochrome" dan "lactoflavin". Sehinggalah pada tahun 1930 pigmen kekuningan itu telah benar-benar di katogerikan sebagai "Riboflavin" 

Tahukah anda bahawa perkataan "Flavin" berasal dari perkataan "Flavus" yang bermaksud " KEKUNINGAN atau "BLONDE"

Jadi tiada apa yang perlu di risaukan jika ternyata Urin anda bertukar kekuningan setelah mengambil B-Complex dan ini juga membuktikan Vitamin yang anda ambil benar-benar meresap ke dalam badan anda. 

Namun sebaliknya jika urin anda tidak bertukar menjadi kekuningan setelah mengambil B-Complex adalah petanda bahawa vitamin B-Complex yang anda ambil tidak di serap dengan baik oleh tubuh anda...dan anda harus fikirkan untuk bertukar jenama.

Ingin mencuba Vitamin B-Complex Shaklee anda boleh pilih samaada untuk terus shopping online atau boleh juga menghubungi saya untuk order...mudahkan..

Dan buat pengetahuan anda semua Vitamin B-complex Shaklee mengandungi 120 tablet dalam satu botol..dan pengunaannya bertahan selama 4 bulan lamanya..

 s
120 Tablets RM 56.98 
                                      
 ** Cas Postage Semenanjung RM10.60 Manakala Sabah Sarawak RM20.20


Hubungi /Whatsapp;-

MaMa Chantique @ MahligaiVitamin

012-7555470


** Sources :

1)http://www.todayifoundout.com/index.php/2013/09/why-do-vitamins-make-urine-bright-yellow/
2)http://theunboundedspirit.com/7-urine-colors-that-can-tell-you-important-things/
3)http://www.home-remedies-for-you.com/vitamins/b-complex-vitamins/urine.html


Tuesday, 6 October 2015

Tips Serta Amalan Agar Dikurniakan Rezeki Yang Murah Lagi Di Berkati

Assalamualaikum pada semua pembaca blog mahligaivitamin.com MaMa doakan anda semua di limpahkan kesihatan dan rezeki yang tidak pernah putus-putus....amin.

Kali ni MaMa ingin kongsikan beberapa tips serta amalan agar kita semua di kurniakan rezeki yang murah lagi di berkati olehNYA..

APA MAKSUD REZEKI YANG BERKAT?



Segala tips serta amalan ini MaMa dapat melalui pembacaan dan juga perkongsian dari mentor-mentor MaMa yang tak pernah lokek untuk berkongsi segala tips untuk berjaya tidak kira samaada dalam hidup ataupun bisnes.

1) Sentiasa menjaga solat di awal waktu

2) Lazimkan untuk berzikir - Bertasbih, Bertahmid dan Bertakbir 33x setiap kali selepas solat ( Subahanallah , Alhamdullilah , Allahu Akbar) 

3) Memperbanyakkan Istigfar dan Selawat 



4) Menjemput rezeki dengan Solat Dhuha 

5) Membiasakan untuk Solat Malam iaitu Solat Tahajud



6) Memperbanyakkan sedekah


7) Berbakti kepada kedua Ibu Bapa.

8) Membayar zakat

9) Membaca Al-Quran dan terjemahannya setiap hari agar kita lebih memahami maksud setiap ayat yang di baca.

10) Membaca Surah Yassin setiap pagi mohon agar dipermudahkan segala Urusan harian kita.

11) Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang di beri.

12) Membaca Surah Al Waqiah - Akan terpelihara daripada kita dari kemiskinan

13) Sentiasa berdoa agar rezeki itu halal lagi berkat.


14) Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh pada setiap pekerjaan yang di lakukan dan niatkannya kerana Allah SWT.

15) Dan jika ingin cepat kaya dan merasakan duit tidak pernah putus-putus dalam dompet silakan amalkan ayat ini.



Moga perkongsian ini bermanfaat pada semua untuk di amalkan..buatlah mengikut kemampuan seeloknya mulakan sedikit demi sedikit hingga akhirnya kita terbiasa dengan semuanya. 

Salam Sayang,

MaMa Chantique @ MahligaiVitamin

012-7555470

Thursday, 1 October 2015

Teruja Nak Tahu Apa Promosi Tergempak Sepanjang Oktober Jom Terjah...

Assalamualaikum uolls pembaca mahligaivitamin.com... salam Oktober 2015..seperti biasa etiap awal bulan pasti akan ada promosi untuk uolss peminat tegar vitamin semulajadi shaklee...

Agak-agak boleh teka ke apa promosi bulan ni...wahhh...tak sabar kan..MaMa lagi tak sabar nak sharing ngan korang semua tau...



Jejommss...kita layan gambar je lah..


ANDA BELI 6 BOTOL ANDA DAPAT 7 BOTOL

SET GLA COMPLEX - RM580.35

OMEGA GUARD - RM864.96
- FREE MEMBERSHIP UTK PEMBELIAN SET OMEGA GUARD
- CASH BACK BONUS UTK BULAN HADAPAN.




ATAU JIKA ANDA MAHUKAN 2 BOTOL SAHAJA ANDA TETAP MENDAPAT 5% DISKAUN

SET GLA COMPLEX - RM 183.78

SET OMEGA GUARD - RM 273.90




2 BOTOL VITA-E COMPLEX - RM 157.94


ANDA BELI 3 BOTOL ANDA DAPAT 4 BOTOL.

SET VITA-LEA FOR CHILDREN - RM 352.98


               **Cas Postage RM 10.60 Untuk Semenanjung & RM20.20 Untuk Sabah & Sarawak.

Ingin memilikinya segera boleh Whatsapp no di bawah yer:-

MaMa Chantique @ MahligaiVitamin

012-7555470

Sharing Is Caring