Sunday, 12 June 2016

Pengalaman Menjaga Baby Phenumonia : Imanina Nur Syifa


Nak clear kan memori phone..selak punya selak terjumpa lak gambar ni..huhuhu memori sungguh...ni masa Syi'fa kat nicu warded after delivered..time ni dah cabut tiub susu dia..kalau tak tiub susu tu memang ada je dlm mulut...rasa kesian tgk..tak selesa sebab asik nampak lidah dia terjelir keluar..yang tinggal hanya oksigen je..

.
.
Masa ni tak boleh direct Bf lagi...still pump and simpan ebm dalam peti hospital..bila time menyusu masukkn ebm thru syringe huhuhu..meleleh air mata tengok...
.
Kalau ikut apa yg doc explain masa tu syi'fa ni di diagnose phenumonia..masa tu doc sempat tunjuk xray Syi'fa memang ada banyak tompokan putih2 kat gambar xray tu...doc kata yg putih2 tu kuman..result darah pun tak cantik kata doc.oksigen kurang...pernafasan dia laju sangat..she's very fragile masa tu...risau sangat..memang nk dtg dekat pun risau takut kita pulak lagi menambah kuman2.. 
.
Nangis memang tak payah nak kata dah..tapi pump tetap kerap sebab breast memang rasa padat..time tu memang mengharap vitamin c mampu upkan imun dia dan lawan kuman2 yang ada..ehhh tapi bukan ler bg syi'fa yg makan..hehe jangan pulak salah faham. MaMa lah yg makan masa tu memang amik megadose vitamin C. 
.
On antibiotik pertama selama 5 hari...setiap kali on antibiotik lebih kurang amik masa sejam untuk habis...huhuhu...sian..
.
Selang 2 hari kena amik darah utk test samaada ada sebarang perubahan atau tak...


Mencebik dia time MaMa amik gambar.


Di sebalik balutan tu ada jarum line yg besar untuk masukkan antibiotik...MaMa tak taulah isitilah sebenarnya..yg MaMa nampak jarum tu besar bg baby sekecik tu..huhuhu...

Kesan lebam amik darah kiri kanan jari kecil tu..bila ada nampak plastik lab kuning terselit kat katil baby tu..MaMa akan tanya bile time diaorang akan amik darah..dan pada masa tu MaMa tak kan naik NICU tu...huhu tak sanggup...

Tapi ada satu hari tu..masa MaMa datang..cari2 Syi'fa tapi tak de...tapi dengar suara baby meraung2 kuat..bila tanya2 rupanya houseman tengah amik darah..huaaaa..tak sanggup dengar Syi'fa nangis kuat sangat..MaMa memang tak senang duduk...lepas je Syi'fa keluar MaMa terus je amik angkat sekejap..tapi masa tu pergerakan terhad sebab ada tiub oksigen tu..usap2 kepala Syi'fa tertidur...

Air mata memang tak mampu nak tahan2 dah mengalir je laju..sampai kena tegur ngan nurse.."dalam pantang tak elok nangis"..

Lepas habis antibiotik pertama 5 hari ingat keadaan dah ok...tapi kuman masih ada dan result darah tak berubah...yg memburukkan keadaan bila Syi'fa tetiba demam sampai suhu 38c ..huhu dan tetiba juga kuning menjelma...

Dah kena masuk bawah lampu lak...huaaa dugaan apakah ini...daripada zone first zone yg tak berapa kritikal...Syi'fa masuk ke zone ke dua...situ semua baby phenumonia juga...ada yg dah 3 bulan kat situ dan still bergantung pada mesin oksigen.. Allahhuakbar..rasa sesak dada time tu...keadaan diri sendiri dah tak peduli dah..sehari 5,6x berulang naik tingkat 3 NICU..

Ada satu hari tu lif rosak..terpaksa guna tangga untuk naik...jalan ler pelan2.. Demi anak sanggup...


Gebu kan badan dia..tapi berat masa keluar 3 kg je pun..hehehe..tembam..geram je tengok..tapi kuning tak lama..lampu pun pasang satu je tak serius sangat..tapi terpaksa on antibiotik kedua sambung lagi 5 hari...maka berkampung ler MaMa kat hospital tu..

Makan apa ada nya..faham2 lah makanan hospital kan...segalanya bedal sahaja...stokin masa tu memang tak boleh pakai..kalau pakai stokin kaki akan membengkak..dengan nak menginject heparin lagi...dose yang perlu di ambil selama 7 hari.. Satu hari dua kali kena inject sendiri...di ulangi inject sendiri yer...injectkat peha...udah rasa macam doktor pulak..hehehe...doc kata itu untuk elak darah beku after czer..tabah lah wahai hati...

Tiap2 malam sebelum tidur memang telan OsteMatrix 4 biji...pertamanya untuk elakkan sembelit.Keduanya sebab nak hilangkan lenguh2 dan letih badan.seriusly mmg tak cukup tidur dan rehat. Lechitin telan juga untuk elakkan bengkak susu. ESP minum 2x sehari utk boost tenaga, utk melancarkan pengeluaran susu ibu, untuk cepatkan pemulihan luka czer tu..

Mujurlah ada supplement kalau tak sure dah lembik longlai..dah lah first time czer..huhuhu...

Alhamdullilah lepas abis antibiotik kedua tu buat test darah lagi dan xray...syukur sangat result alhamdullilah..tapi doc masih tahan sebab nak test tahap SPo2 pulak.Hari pertama test bukak oksigen Syifa tak boleh tahan..pernafasan dia laju..nampak berombak lekuk kat bahagian dada bawah. Doc terpaksa pasang semula tiub oksigen dia...

Bila test second day...alhamdullilah result SPo2 dia memuaskan hati doc..maka hari tu doc cabut tiub oksigen dia..tapi masih dalam pemantauan tak boleh keluar lagi...sabar...sabar...

Keesokkan nyer barulah doc bg release.. Itu pun berbagai2 pesanan dia tinggalkan..sebabnya baby masih fragile...lepas maghrib barulah dapat bawak keluar..maka pulang lah kami bertiga menuju ke sg Telor..sebab kakak2 selama MaMa kat spital memang berkampung kat situ di bawah jagaan atok mion n opah siti. Sebab nya opah ani masa tukan tak der pergi umrah.

Haaa...panjangkan cerita kat spital syi'fa ni...adalah 14 hari gak berkampung kat spital...badan memang tak berurut..lepas je dapat balik pontian..esoknya terus lah drive sendiri pergi rumah tukang urut..hehehe makcik tukang urut tu punyalah terkejut...heheehe...

Semua tu kenangan...sekarang Syi'fa dah setahun 2 bulan umurnya...dah macam2 kerenah dan telatah dia buat...mulut pun boleh tahan kepoh..



Inilah Imanina Nur Syi'fa baby czer MaMa..😘😘


Salam Sayang:

MaMa Chantique @ MahligaiVitamin

WA/Telegram /SMS 012.7555.470

Fb Page : mahligaivitamin

InstaGram : mamachantique_vitamin

No comments:

Post a Comment

Anda Pengunjung Ke

DIRECT WASAP TANPA PERLU SIMPAN NUMBER

Labels

Alfalfa (10) B-Complex (15) Basic H Shaklee (3) carotomax (1) Cinch energy tea (4) Cinch Shake (3) collagen powder (3) CoQ10 (3) Detoks (5) Detox Parasit (1) Dish Wash Concentrate (1) DTX Complex (1) Ebook percuma pemakanan ibu hamil (1) Energizing Soy Protein (ESP) (21) garlic (3) GLA complex (5) Harga Vivix (4) Herb-lax (3) Herbal blend (2) Kelebihan Omega Guard (3) khasiat & manfaat alfalfa (2) Khasiat Garlic Shaklee (2) Kisah Anak-Anak (10) Kisah Mama (2) Kisah PaPa (1) Kisah vivix (3) lecithin (6) Manfaat omega guard (3) Manfaat Vivix (1) Masalah kesuburan Wanita (2) meal shake (4) Melambatkan penuaan (4) Melawan Kanser (3) Melawaskan Najis (3) memperbaiki tekstur rambut (2) mencegah penyakit jantung (2) Mengempiskan Perut (4) menguatkan tulang (4) mengukuhkan sistem imun (6) mengurangkan PMS (4) meningkatkan metabolisme (4) Menu sihat Ibu Berpantang (2) menurunkan kolestrol (6) meringankan stress (5) nephrotic syndrome (1) Nutriferon (1) Nutriferon Shaklee (1) Omega bakar lemak dengan pantas (1) omega guard (12) ostematrik (11) Ovarian cyst ketika hamil (2) Penyakit Gout (1) penyakit jantung (9) penyakit lemah jantung (1) penyakit semput (1) penyebab sakit jantung (2) Peppermint-Ginger Plus (1) performance drink (4) Sembelit (4) sendi dan otot (7) serangan jantung (2) Set 3M (3) Set B Ibu Menyusu (3) Set B1 ibu Menyusu + Ostematrik (2) set berpantang shaklee (8) Set Berpuasa Shaklee (2) Set Kehamilan Shaklee (2) Set Kencing Manis (1) Set Kesihatan Wanita (1) Set Kesuburan Lelaki (1) Set Kesuburan Wanita (1) Set Kurus Shaklee (1) set menyusu (1) Set Morning Sickness (1) Set Nutriwhite (1) Set Pemulihan Jerawat Shaklee (1) Set Penjagaan Kulit Nutriwhite (1) Set Penyusuan Shaklee (3) Set Ramadhan (2) Set Rambut Gugur (1) Set sembelit (1) set vitamin ibu hamil (1) Shaklee Vivix (2) Sijil halal Shaklee 2017 (1) susu ibu (8) tekanan darah tinggi (5) Testimoni vivix (3) tips minum 8 gelas air sehari (1) ubat berhenti merokok (1) Ubat Buang Angin dalam Badan (2) Ubat Gout Paling mujarab (1) Ubat paru-paru berair (1) Ubat Sakit lutut dan sendi (1) Ubat VS Vitamin (1) untuk anak-anak pickey eater (1) Vita C Chewable (1) Vita-C (14) Vita-E Complex (7) Vita-lea (10) Vitalea For Kids (1) Vitamin bantu kecutkan Cyst (2) vitamin c (3) vitamin e (1) Vitamin Ibu Hamil (3) vitamin ibu mengandung (1) vitamin kecutkan Cyst semasa mengandung (1) vitamin naikkan Hb ibu hamil (2) Vitamin Untuk Ibu Hamil (4) Vitamin Untuk Pelajar (1) Vittamin C (1) Vivix (6) Vivix Anggur Muscadine (1) Vivix keintiman (1) vivix kesuburan (1) Vivix lancarkan haid (1) Vivix Shaklee (2) vivix shaklee harga (2) Vivix Shaklee Price (2) Vivix Untuk Atasi Sembelit (1) WAHM Story (1) Zinc Complex (8)

TOP PRODUCT

Nak Harga Ahli Dan Dapatkan CASH BACK BONUS KLIK SINI | FREE MEMBERSHIP KLIK SINI
X