Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus KLIK SINI | Twin Pack Vivix Free Membership KLIK SINI
X

Wednesday, 14 June 2017

Senarai Lokasi Cawangan Atau Branch Shaklee Seluruh Malaysia

Jika anda peminat setia vitamin Shaklee adalah sangat-sangat rugi jika anda tidak mengetahui di mana letaknya lokasi cawangan atau branch Shaklee di Malaysia...

Bukannya apa...kot mana lah tau kan...entah² lokasinya dekat sangat dengan lokasi rumah kalian semua..iyer tak...

lokasi cawangan shaklee malaysia

Shopping di branch menjimatkan masa dan kos postage anda..tak payah dah nak tunggu courier datang hantar barang kan...

Disini Cheta sediakan tips untuk anda membeli Vitamin di Cawangan atau Branch Shaklee seluruh Malaysia...

1) Pergi kaunter,ambil dan isi borang keahlian..

2)Ini part penting untuk anda isi no ID Cheta 1081587 ( Saharini Azrita Binti Bakeri) sebagai ID Penaja anda, dan ANDA TERUS LAYAK UNTUK MEMBELI VITAMIN DENGAN HARGA AHLI.

3) Ada yuran yang di kenakan iaitu hanya RM69 untuk keahlian.

4) Lepas siap isi borang,pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran dan bawalah pulang vitamin pojaan hati anda dengan gembiranya...😁😁

Tapi jika tidak mahu mengisi borang boleh sahaja hubungi Cheta 012.7555.470 untuk Cheta tolong preactive keahlian secara online...so bila anda ke sana just beri no ID dan activekan sahaja ID tersebut...mudah je kan....

TAK BERPELUANG KE BRANCH TAPI INGIN BERDAFTAR??

Ok sudah tentu boleh hanya hubungi Cheta atau Whatsapp dan Cheta akan minta beberapa detail anda...

Untuk Yuran keahlian RM80 ( Semenanjung) Manakala RM90(Sabah Sarawak)

MACAMANA NAK DAPATKAN KEAHLIAN PERCUMA???

Ohhh..ini mudah saja...dengan pembelian bernilai RM800 atau 200UV anda layak untuk mendapat keahlian percuma..

Maklumat lanjut boleh hubungi @Whatsapp Cheta yer..😉😉

Ok di bawah ni senarai lokasi Cawangan atau branch Shaklee Di Malaysia.

SELANGOR ( IBU PEJABAT)

Level 2
Sunway Geo Tower,
Jalan Lagoon Selatan,
Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03- 5622 3188
Faks: 03- 5622 3199

Waktu Operasi:
Isnin- Sabtu
10am-7pm


KUALA LUMPUR

No 32, Jalan Seri Rejang 3,
Pusat Industri Seri Rampai,
Taman Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur.

Tel: 03-4142 1067
Faks: 03- 4142 1027

Waktu Operasi
Isnin -Jumaat
Sabtu (Pertama & Ke-3)
10am-7pm


PENANG

No.81,83,& 85,
Jalan Todak 6,
Pusat Komersial Sunway Perdana,
13700 Seberang Jaya,
Pulau Pinang.

Tel: 04-383 8261
Faks: 04- 383 8560

Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat
Sabtu ( Pertama & Ke-3)
10am-7pm


PERAK

32,Medan Istana 1,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh,
Perak

Tel: 05- 241 8260
Faks: 05- 241 8263

Waktu Operasi
Isnin- Jumaat
Sabtu ( Pertama & Ke-3)
10am- 7 Pm


JOHOR

47,49&51
Jalan Molek 3/20,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru

Tel: 07- 350 7245
Faks: 07- 350 7840

Waktu Operasi
Isnin - Jumaat
Sabtu ( Pertama & Ke-3)
10am -7pm

SABAH

Lot 4.1, Neutron Point,
Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah.

Tel: 088-393 848
Faks: 088- 393 851

Waktu Operasi
Isnin - Jumaat
Sabtu (Pertama & Ke-3)
10am - 7pm


KELANTAN

319,Section 25,
Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultaan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu,
Kelantan.

Tel : 09-747 8688
Faks : 09-747 7711

Waktu Operasi
Ahad - Khamis
Sabtu ( Pertama & Ke-3)
10am - 7Pm

Jika mahu berhubung dengan Shaklee boleh melalui

Email:
customerinquiry@shaklee.com

Website Shaklee:
www.shaklee.com.my
www.shaklee2u.com.my ( Ini hanya untuk pengedar sah sahaja)

Talian Bebas toll: 1800 88 6577
Tel : 03- 5622 3188

Isnin -Sabtu
10am- 7pm

Atau berhubung melalui
👉 Facebook
👉 Youtube
👉 Instagram

shakleeproductsmalaysia


Sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh whatsapp atau hubungi Cheta yer...









102 Tahun Shaklee Buat KeyakinanKu Bertambah

Lambakan produk-produk yang terdapat di pasaran yang menjanjikan kesan cepat dan pantas tidak sedikit pun mempengaruhi Cheta untuk bertukar jenama...

kenapa saya yakin dengan shaklee

Sebab apa...lihatlah buktinya selama 102 tahun sebenarnya dah...Shaklee sentiasa mendahului masa,mencipta inovasi melalui sains dan mengunakan alam semulajadi sebagai penemuan unggul yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.

Lihat sahaja Vitalized Minerals adalah multivitamin pertama di A.S yang di cipta oleh Dr.Forrest C.Shaklee pada tahun 1915...kita pun belum lahir masa tu...usahkan kita mak ayah kita pun masa tu belum ada lagi...huhuhu...

Pada Tahun 1960 - Pembersih terbiodegradasi pertama tanpa toksik di cipta.

Manakala pada tahun 1961 - Instant protein iaitu supplemen protein pertama berasaskan tumbuhan yang mengunakan lesitin soya di cipta..sekarang namanya ESP (Energizing Soy Protein) produk hot yang always Sold out..hihi...

Shaklee produk kukuh...bukan hanya setakat dicipta di belakang rumah..bahkan kewujudannya juga..beratus tahun tidak gentar tidak goyah walaupun di hujani pelbagai isu..namun Shaklee tetap teguh berdiri...

Itulah alasan nya #WhyILoveShaklee..

Teruja nak dapatkan kesan positif bershaklee??? Jangan segan² untuk hubungi Cheta yer...

Cheta 012.7555.470


Sunday, 11 June 2017

KETIKA....Aku ingin hidup KAYA,aku lupa,bahawa HIDUP ini adalah sebuah KEKAYAAN

KETIKA....Aku ingin hidup KAYA,aku lupa,bahawa HIDUP ini adalah sebuah KEKAYAAN.

KETIKA....Aku takut MEMBERI,aku lupa bahawa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.



KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,aku lupa,bahawa dalam KELEMAHAN....kuasa-NYA memberikan aku KEKUATAN..

Ketika aku merasa RUGI,.....aku lupa,bahawa Hidupku adalah sebuah KEBERUNTUNGAN kerana Anugerah-NYA

Ternyata hidup ini sangat indah ......jika kita tahu Selalu bersyukur kepadaNYA
Ucapkanlah Syukur dalam segala hal,Bahawasanya untuk selamanya kasih setia-Nya...

"Ya Tuhanku,tunjukilah aku untuk mensyukuri ni'mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri"{QS. Al Ahqof [46]:15}

'Allahumma a'inni 'ala dzikrika wa syukrika wa husni 'ibadatika'

Ya Allah anugerahkanlah pertolongan kepada kami untuk mengingat-Mu,bersyukur kepada-Mu dan beribadah yang baik kepada-Mu..Aamiin ya Rabbal'alamin



Tuesday, 6 June 2017

Resepi Laksa Johor Merecik Pasti Sedap

Semalam menu berbuka kat rumah ni Laksa johor...biasalah bulan puasa ni tak berapa nak selera sangat kalau makan nasi kan...mesti nak yang lain dari nasi...

Kalau ica ni suka lah menu mee ni...cuma si inas nilah tak berapa nak layan sangat mee..mee ni..mesti cari nasi juga...😂😂..tak pelah inas senang je..nasi dengan telur dadar ,kicap pun dia layan je.. janji nasi kan... kalau syifa dia tak kisah...dia bedal je...hihi...

resepi laksa johor




Ok jom kita check bahan² nya:-

1 Paket Spaggeti 
1Kg ikan kembung /ikan parang atau apa² ikan fresh..
3-4 Cawan Santan pekat
Garam
Bahan Perasa

Bahan Untuk Di kisar:
3 batang serai
2inci lengkuas
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar ketumbar
3 Biji bawang besar (potong dadu size sederhana)
1 labu bawang putih
lada kering 2 genggam ( Kalau rasa nak pedas, boleh lebihkan lada)
Kelapa parut 2 genggam

Ulam-Ulaman

Kacang panjang
Timun
Bawang Holland
Taugeh
Daun kesum/selasih
Limau kasturi

Sambal Belacan

Lada Merah 3,4 tangkai
Belacan bakar
limau kasturi
bahan perasa

Cara-caranya:-

1) Bersihkan ikan rebus...bila dah mendidih tutup api...sejukkan dulu barulah leraikan isi²nya( jangan panas² korang dok celup tangan nak amik isi ikan tu hahaa melecur laak kang).....air rebusan ikan tu jangan buang tau...

resepi laksa johor
                Cheta pakai ikan kembung

Blender isi ikan tu mengunakan air rebusan ikan tu tadi..

Dah blender masuk je terus dalam periuk yg korang nak masak tu..tak payah idup api dapur dulu...

2) Ini tips dari Mak Cheta...katanya sebelum blend bahan² kisar tu kan...eloknya korang sangai dulu...Mak kata untuk naikkan aroma bau dia tu nanti...

tapi jangan sangai sampai hangus lak..kang lain lak aroma yang naik..😝😝

resepi laksa johor



resepi laksa johor
             Pekat kan bila dah kisar ni...

3) Dah boleh lah dah nak hidupkan api...pastu masukkan je santan pekat tadi...tunggu mendidih masukkan lah garam n bahan perasa...

4) Sambal belacan tu korang tumbuklah pakai lesung batu tu..bior legend sikit..kalau blend tak sedap jadinya..perah air limau kasturi sikit..perisakan...siap

Ehhh...lupa plak...😂😂 korang jangan lupa lak rebus spaggeti tu...Masukkan minyak sikit supaya spagetti tak melekat antara satu sama lain...dan sedikit garam juga..

Bila spaggeti dah masak..toskan dan alirkan bawah air..supaya spaggeti tak overcooked..

resepi laksa johor

Bila dah siap semuanya..ni bolehlah potong² bahan² ulamannya..kalau ikutkan potongan timun dalam laksa johor yang sebenar dia kena potong nipis²...

Cheta pun tak pass nak buat gitu..asik putus² je..hihihi...


resepi laksa johor
       Gambar ni Cheta amik dr google je...cam tulah rupanya kena potong timun utk laksa johor.

Manakala spagetti pulak...kebiasaannya diaorang akan gulung² dulu guna garfu...bersenilah kekdahnya...supaya time berhidang tu nampak ler cantik tersusun...


resepi laksa johor
    Gambar dari goggle juga...cantik kan diaorang susun² gitu...

Cheta tak de sempat nya nak buat gitu...😅😅 gedebuk terus masuk pinggan...ulam²..perah limau,letak sambal belacan...ngaaap je terusss...muahahahhaha....

Errkkk...alhamdullilah...hahaha senang 


resepi laksa johor

                  Ni Cheta punya...hahaha kan gedebuk je terus dalam pinggan..😜😜

Senang je kan buat dia...sempat lagi ni kot nak buat juadah berbuka...ni laksa johor ni time raya pun jadi salah satu hidangan utama tau...boleh lah kalau nak praktis² dulu..

Selamat Mencuba...

Sharing Is Caring