Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus KLIK SINI | Twin Pack Vivix Free Membership KLIK SINI
X

Monday, 24 July 2017

Hari Potensi Kemas Peringkat Negeri Johor 2017

Throw back event anak² yangvberlangsung di STADIUM MUAR 23hb Julai 2017...pagi 22 hb tu pukul 930am kitaorang berkonvoi 4 kereta menuju ke Muar...

First time ni Cheta berkonvoi dengan cikgu² kakak ke Muar...al maklumlah Papa dah tak dapat cuti...

biasalah kan..kalau dah masuk projek Rapid Penggerang tu...jangan mimpilah nak senang² amik cuti....nak balik jumpa family seminggu sekali pun susah...😭😭😭😭

Kesian kat Papa kan...apa boleh buat cari rezeki kan..kena berkorban lah sikit...

Berjauhan dengan family mmg lah sedikit pedihh...rindu semuanya...tapi pepatah orang tua selalu berpesan..." bersusah² dahulu ...bersenang² kemudian"...

Maka bertabahlah yer....Gambar ni semua mama abadikan di sini..agar One day korang dah besar bolehlah baca balik blog mama ni tau..









Mujurlah...hari ni yang kena...Bukan semalam....Syukur sangat Tq Allah

Pepagi dah menguruskan tayar bocor...alahai mujurlah tak kena kat muar semalam...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...

dah tak boleh nak di tampal dah...sebabnya dah merekah panjang dalaman dia..maka nya kita hadiahkan dia "teman baru"....

harap² "teman" yg lagi 3 tu taklah jeles..tunggu turn yer...nanti Cheta bagi tukar semua...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… adehhh berpeluh...😝😝

10minit kemudian...dapat payment utk 2 botol vivix...

bunyi lagi wassap...dpt order pau frozen....😭😭😭

Allahu..."Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan??"...

Bersyukurlah nescaya Allah tambahkan nikmat.....

Yerrr...bersyukur sebab tak kena masa dalam perjalanan yang panjang semalam...drive tanpa hubby...tak lah membuatkan ku takut tapi agak sedikit ngeri kalau something happen di tengah jalan...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...mujur Allah lindungi perjalanan semalam...Tq Allah...😘😘😘


Tuesday, 18 July 2017

Cara Cheta Hilangkan Mengantuk Di Kala Driving

Korang kalau driving kan...apa usaha yg korang buat untuk hilangkan mengantuk???...tak pun menghilangkan kebosanan di kala semua penumpang lain ni syok berdengkur² kat belakang nun...😝😝😝

Stress je rasakan..bila dengor dengkuran yg maha hebatnya dari orang sebelah n anak² pun dah senyap sunyi kat belakang nun...

Memang ler...time anak² dah tido tu kita boleh lebih fokus kan..tapi masalahnya kita ke bosanan lah pulak...co pilot dah tido...al maklumlah dah penat drive kan....

Ehhh...tadi masa husband drive ko yang berdengkur tak hingat...πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†...
Ini cerita throwback lah kiranya nikan time raya tu ari...kan ke kami balik kampung opah kat perak..

12am malam raya pertama kitaorang start memulakan perjalanan...haaa...giler tak giler...hahahaha...

Ehhh..alang² cerita pasal raya ni kan...nak tepek seketul dualah gambor raya...korang jangan marah ekk...hihihi...jom layan gambar raya dulu...


Percaya tak..nilah gambar family pertama yang lengkap sejak 8 tahun mendirikan rumah tangga ni...πŸ˜‚πŸ˜‚ sadis kan...Mr Hubby tu dia tak suka bergambar...so agak susah lah nak di ajak bergambar mcm ni...


Kitaorang raya tahun ni beraya kat sg telor...petang raya kitaorang dah sampai sana...tidur sana lah apalagi...riuh malam raya...al maklumlah dayah sefamily pun tidur umah mak sekali...so apa lagi manghavockan malam raya di rumah mak abah...hihihi....


Kitaorang datang petang² tengok lemang dan ketupat siap masak dah...wahhhh cepatnya...kan...kitaorang bukan tak nak datang awal...paginya tu Cheta kena tolong dulu mak Cheta memasak kan...dah siap semua barulah bergerak ke Sg Telor...



Haaa...tu dia..barulah raya kan....suasana kampung sungguh...best tau...

Ehhhh...panjang beno dah intronya ni....πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Back pada story asal tadi...Haaa..Cheta ni kalau drive sensorang..yang paling² kena ada...
1) jajan ke kerepek ke kan....kena mengunyah utk hilangkan mengantuk tu....dah tau kerepek kan..apatah lagi kerepek pisang ni...hadoiiiii...memang susah ler nak stopp...giler mengunyah je kejenya....πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


sedap tau kerepek pisang ni...ranggup nipis...wallah...nikmat oiii...πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

2) Radio...uihhh ni wajib gak...sesambil mengunyah tu sambil² test suara...melalak ler sorang²..lantak ler suara sedap ke tak sedap...hihihi...penumpang sila pekakkan telinga...

3) Air super power ni oiii....minum ni je insyaAllah...terbuntang mata ko...boleh buat sejuk atau panas...nak lagi sedap campur honey n lemon sikit...perghhhh terangkat abis tu...

pssst- teh ni kalau konsisten minum ko boleh dpt berat badan ideal tu...



haaa...tu dia itu cara Cheta utk hilangkan mengantuk dan kebosanan di kala driving tau..cara korang macamana pulak...

bahaya tau drive masa mengantuk ni...banyak kan dah kemalangan terjadi gara² driver terlelap...

agak² mengantuk tu...cari tempat stop dulu...rehatkan badan tido ke...agak² badan dah segar barulah sambung perjalanan tu...jangan di paksa mata tu taau.....

Ingat² lah orang tersayang...






Anggur Muscadine 10x Super Power Dari Anggur Biasa

Korang Tahu Tak???

πŸ‡ Anggur Muscadine ni 10x lebih power daripada anggur biasa.

πŸ‡ Sizenya sebesar bola golf .


πŸ‡Sejenis anggur liar yang mempunyai 20 kromosom anggur, berbanding anggur biasa yg hanya mempunyai 19 kromosom sahaja..

πŸ‡ 1 pasang kromosom yg lebih tersebut mempunyai sistem imun yang lebih tinggi dan antioksidan yang kuat.

πŸ‡ Menurut Brunswick Biomedical Laboratories Of Wareham,Massachusetts pada tahun 2003 anggur muscadine mempunyai kandungan ORAC ( Oxygen Radical Absorbing Capacity ) yang tertinggi antara yang pernah mereka kaji..



So mana nak dapat anggur muscadine ni???

😁😁😁 dalam vivix kan adooo!!!!



Senang je kan..sesudu vivix for total wellness...

Nak dapat kan vivix???....boleh klik gambar di bawah untuk shopping online mengunakan debit/credit card..anda akan di bawa terus ke laman web rasmi shaklee...usah risau laman web ini selamat...



Sebarang pertanyaan boleh direct wasap Cheta dengan hanya menekan gambar di bawah,tanpa perlu save number phone terlebih dahulu..





Saturday, 15 July 2017

Kenali Vivix Shaklee - Resveratrol Dan Polyphenols

[ PERKEMBANGAN REVOLUSIONER DARI SHAKLEE ]

Formula lazat yang kaya dengan polyphenols, tang terdorong dari kumpulan phytochemical berasaskan tumbuhan membantu dalam menjaga kesihatan sel anda.

Vivix di hasilkan oleh campuran botanic:-

1) Polygonum Cuspidatum
2) Anggur Muscadine
3) Elderberi Eropah
4) Lobak Ungu

Gabungan istimewa kami berasaskan dari Anggur Muscadine ,mengunakan proses ekstrak berpaten.

Vivix
✔ Semulajadi sepenuhnya
✔ Tangguhan berpaten
✔ Ramuan utamanya telah di kaji secara klinikal
✔ Eksklusif untuk Shaklee

kenali vivix shaklee

kenali vivix shaklee


[ RESVERATROL DAN POLYPHENOLS ]

TAMPAK MUDA, RASA MUDA, LEBIH LAMA.

Anda ingin nampak dan rasa seperti orang muda???

 Namun hakikatnya usia tetap meningkat dan ketegangan yang berlanjutan...

 toksin dari sekeliling juga masalah kesihatan boleh mengakibatkan proses penuaan anda lebih awal dari sepatutnya..

[ APA PUNCA YANG MENDORONG PROSES PENUAAN INI LEBIH PANTAS DARI SEPATUTNYA ,DAN BAGAIMANA CARA UNTUK MENENTANG PROSES PENUAAN INI??? ] 

Kajian mendapati penuaan bermula dari sel anda.

Kesihatan sel boleh di lihat dari penampilan dan juga bagaimana kita rasa.

Namun sel kita sering mengalami kerosakkan akibat daripada terdedah kepada radikal bebas.

Radikal bebas boleh merosakkan komponen sel seperti DNA dan merangsang keradangan,lantas menjurus kepada penuaan sel.

Walau dari seringkas perbuatan seperti makan boleh mendorong kepada penghasilan radikal bebas.

[ RESVERATROL DAN POLYPHENOLS ]

Resveratrol dan Polyphenols menunjukkan kemampuannya dalam menentang radikal bebas, menentang proses penuaan dari peringkat sel lagi.

Kajian makmal turut menyarankan bahawa polyphenols yang di hasilkan dari campuran Anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum,Lobak Ungu dan Elderberi Eropah mampu untuk:-

1) Membantu sel anda untuj melindungi serta membaiki DNA dan menentang radikal bebas.

2) Memperlahankan pembentukkan protein perosak AGE yang mendorong kepada penuaan sel.

3) Membantu merangsang kesihatan "telomere" yang melindungi kromosom.

Penuaan sememangnya tidak dapat di elakkan ,namun pilihan harian anda dalam menjaga kesihatan mampu untuk memperlahankan proses penuaan dan meningkatkan kemungkinan untuk anda menikmati kehidupan yang panjang,gembira serta lebih sihat.

Anda boleh memilih untuk mengambil pendekatan proaktif kepada penuaan dengan mengamalkan diet yang kaya dengan resveratrol dan polyphenols .

Nikmati peningkatan usia dan tampak serta rasa lebih muda, lebih lama.





Sunday, 9 July 2017

Riadah Weekand - Bukit Layang-Layang Pasir Gudang Johor

Seronok anak³ hari ni...sebelum pergi sekolah..papa dah janji..balik je sekolah nanti kita pergi jalan² yer...amboiiii...πŸ˜‚πŸ˜‚

Dengar je papa kata gitu..kemain seronoklah diaorang...al maklumlah bukan senang papa nak cuti hari ahad ni...susahhhhh lahhh sangat...so bila dah cuti² ni maka...anak³ surelah tak lepaskan peluang keemasan kan...mak budak pun suka..😝😝

Kitaorang mmg cadang nak ke pasir gudang...sebabnya ada perkara yg nak di settelkan kat sana...

so alang² dah ada area sana kan...menyinggah lah kat bukit layang² tu...

Bukit layang² tu popular tau..iyerlah selalu kalau pesta layang² tiap² tahun kat situ lah pun...

Kalau nak tengok bermacam² bentuk layang² dan WAU...haaa datanglah time pesta tu berlangsung...memang meriah sakan...

Masuk je entrance taman tu dah boleh nampak orang jual layang²..dan segala macam mainan budak² mcm bubble tulah...hemmm bebudak kan...mana lah boleh tengok semua tu...haaa...layankan jelah...hihihi

jomlah layan gambar je yer....


Ni baru sampai ni...taapi dah shopping layang² dulu sebelum masuk....


Leka Syi'fa sorang²..tah apa yg di pandangnya syok sangat ler tu..mama pangil pun dia buat dekk je...😜😜



Alahhhh...kasi can lah sesekali mama pulak nak selfie...hihihi....


Jauh tu diaorang main haaa....sampai ke hujung bukit tu diaorang pergi...

 Tah apa lah yang tak kena tu...serius betul muka ica tu...hahaha


Berusaha sungguh papa memasang layang² tu...anak³ sabor menanti...


Ni anak ke bapanya yang main...kih...kih..kih...

layan jelah...janji memasing enjoy...bukan senang kitaorang nak together weekand² ni tau...kitaorang kan PJJ husband n Wife...makanya bila ada waktu terluang tu..memang sunguh² manfaatkan sebaik mungkin...


Sharing Is Caring