Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus KLIK SINI | Twin Pack Vivix Free Membership KLIK SINI
X

Saturday, 5 August 2017

10 Makanan Terbaik Menaikkan Bacaan HB Ibu Hamil

Lama Arman memerhatikan Safira isterinya...dalam hatinya berkata-kata...

" Kenapa dengan Safira ye?? ada masalah ke dia?? Kenapa dia termenung jauh sebegitu??"

Arman pun menghampiri Safira lalu memeluknya dari belakang...."aisshhh...tak muat pulak dah nak peluk Safira ni" detik hati Arman..

"Ahhhh...dah aku punya "kerja" kan..so redho jelah", Safira kini hamil 4bulan...

Sepanjang kehamilan Safira selalu keletihan, lemah tidak bermaya, kekadang Safira mengadu seperti tidak cukup nafas, sukar bernafas katanya...

"Kesian...wanita hamil memang begitu agaknya"..fikir Arman.

Namun sebaliknya, dengan pengesahan dari doktor Safira mengalami Anemia di kala hamil...


makanan menaikkan Hb ibu hamil


Safira selalu mengadu setiap kali Checkup, pasti dia di marahi oleh Nurse kerana bacaan HB nya tidak pernah "Cantik" ...

Bacaan HB untuk wanita hamil sepatutnya 11g/dl... tapi bacaan HB Safira terkadang hanya 8-9 sahaja..huhuhu..


BAHAYA HB RENDAH SEWAKTU HAMIL

"Abang...Fira risaulah 2 minggu lagi nak Checkup ni..apa Fira nak buat ni bang, HB Fira tak pernahnya cantik...selalu kena marah dengan nurse..Fira feduplah macam ni bang..." Safira mengadu..ada air jernih bertakung di matanya..

Alahai luluh hati seorang suami ni...huhuhu..kesian isteri aku ni..terpaksa menanggung kesusahan mengandungkan zuriat ku..

"Fira....aritu kan abang ada baca dekat 1 blog ni tau, ada senarai makanan terbaik untuk untuk menaikkan bacaan HB ibu hamil...

jom abang tunjukkan nak??...kita usaha je..selebihnya kita tawakal pada Allah..semoga Allah permudahkan segalanya untuk kita dan bagi kesihatan yang baik untuk baby ni..."


10 Makanan Terbaik Menaikkan Bacaan HB Ibu Hamil 


1) Daging Merah - Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu mengatasi anemia..




2) Brokoli - Brokoli mengandungi vitamin,zat besi dan folat.
                   Brokoli mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit 
                   dan melawan sebarang jangkitan.


3) Pisang - 2 biji pisang setiap hari di katakan sangat baik untuk wanita hamil
                 ini kerana Folat yang terkandung dalam pisang boleh membantu      dalam pertumbuhan janin dan penghasilan sel2 baru.




4) Kekacang - Kekacang adalah salah satu sumber untuk cegah anemia dan 
                       bagus untuk tambah darah. Ambillah kekacang sebagai snek 
                       penganti makanan ringan.




5) Hati Ayam - Hati ayam di percayai dapat menambah kepekatan     darah,namun
                      jangan pula di ambil terlalu kerap kerana ia merupakan organ 
                      dalaman yang tidak elok untuk otak.




6) Bayam - Bayam merah @ hijau adalah sayuran terbaik untuk ibu hamil,
                 kerana ia menyerap zat besi dan Folat untuk memerangi anemia.



7) Kerang - Kerang juga antara makanan yang di cadangkan sekiranya ibu hamil menghidap anemia,namun usah di ambil terlalu kerap kerana ia di katakan bertoksik.



8) Telur - Telur bahagian kuning sahaja yang mengandungi nutrien termasuk zat besi. Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah hemoglobin dalam darah.



9) Oat - Oat walaupun rasanya tidak ler berapa sedap, tapi oat memberikan mineral termasuk zat besi pada tubuh. Oat juga merupakan serat dan mudah untuk di cernakan.



10) Buah delima - Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah,kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.




Selain itu ibu hamil juga perlu mengelakkan minuman berkafein, ini kerana kafein boleh menganggu penyerapan zat besi.

Kalsium juga boleh menganggu penyerapan zat besi, sebab itu ibu hamil tidak di galakkan mengambil pil zat besi dengan minuman susu.

Juga elakkan dari minum susu sejam sebelum dan selepas pengambilan pil zat besi.

Kalsium seeloknya di ambil sebelum tidur agar dapat berfungsi untuk penambahan darah.




Selain itu, perbanyakkan juga makan makanan yang kaya dengan Vitamin C untuk bantu penyerapan Zat besi.

Untuk hasil yang pantas dan maksima,ibu hamil di galakkan mengambil pil zat besi bersama-sama dengan vitamin C agar penyerapan lebih mudah dan pantas.




" Bang....esok kita pergi beli semua makanan tu yer...Fira nak cubalah bang..manalah tau kan...HB Fira boleh naik cantik"

"Iyer...sayang esok kita pergi yer"..lega hati Arman lihat senyuman yang terukir di bibir isterinya...


Ibu-ibu nak berkongsi cerita dengan Cheta ??? boleh klik jer gambar di bawah,ibu-ibu akan di direct wasap pada Cheta tanpa perlu save number terlebih dahulu...






1 comment:

  1. HB lea memang rendah skrg ni.. Asek kene bebel ngan doc jerk.. Skrg ngah cuba jambu batu lak.. hehehe

    ReplyDelete

Sharing Is Caring