Thursday, 3 August 2017

12 Risiko HB Rendah @ Anemia Pada Ibu Dan Bayi Yang Perlu Di Elakkan Agar Tidak Menyesal Kemudian Hari

Kebelakangan ini ramai juga ibu-ibu hamil yang menghubungi Cheta mengadukan tentang masalah HB rendah ni...

ada tu lepas check blood test,terus call katanya baru lepas kena marah dengan nurse sebab bacaan HB semakin drop..uhuhuhuu..kesian Cheta mendengar nya..

Tapi tak kan masalah HB rendah @ lebih di kenali dengan anemia sekatu mengandung ni nak di biarkan berterusan je kan...

Yang penting kena tau dulu apa itu anemia sewaktu kehamilan atau HB rendah ni..






bahaya HB rendah atau anemia pada ibu hamil



Apa Itu Anemia??



Semasa kehamilan badan ibu-ibu hamil menghasilkan banyak darah untuk membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan.

Bila seseorang ibu itu hamil,ia berkemungkinan menghidap anemia. Bila ibu hamil menghidap anemia,apa yang terjadi ialah darah si ibu tidak cukup menghasilkan sel darah merah yang sihat untuk mengangkut oksigen pada tisu-tisu dan juga seterusnya kepada bayi.

Jika si ibu tidak mendapat cukup iron atau keperluan nutrien yang lain badan si ibu tidak akan mampu untuk menghasilkan sejumlah sel darah merah yang akan menghasilkan pertambahan darah ini.

Anemia atau HB rendah akan menyebabkan Si Ibu berasa mudah penat,letih dan lemah.

Jika ia di biarkan berterusan tanpa rawatan,kemungkinan ia akan menyebabkan kelahiran pra matang.


bahaya anemia @ Hb rendah sewaktu hamil



3 Jenis Anemia Sewaktu Hamil 



1) Anemia Disebabkan Kekurangan Iron

Anemia jenis ini terjadi bila badan tidak dapat menghasilkan sejumlah Hemoglobin yang mencukupi.

Dalam sel darah merah terdapat protein, Ia membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan yang lain.

Dalam keadaan Anemia yang di sebabkan kekurangan Iron,darah tidak dapat membekalkan cukup oksigen kepada tisu seluruh badan.

Kebanyakkan Anemia yang terjadi sepanjang tempoh kehamilan adalah di sebabkan kekurangan Iron.


bahaya anemia @ Hb rendah sewaktu hamil

2) Anemia Disebabkan Kekurangan Folat

Folat ialah vitamin semulajadi yang di jumpai pada sesetengah makanan seperti sayuran berdaun hijau.

Badan memerlukan folat untuk menghasilkan sel baru, termasuklah Sel Darah merah yang sihat.

Semasa mengandung ,ibu memerlukan lebih folat. Tapi kebiasaannya  ibu tidak dapat cukup bekalan folat dari diet harian mereka.

Bila keadaan seperti itu terjadi,badan ibu tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang sihat untuk membekalkan oksigen pada tisu seluruh badan.

Disebabkan itu jugalah ada di tekankan pengambilan Folic Asid sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang kehamilan.

Kekurangan folat,boleh menyebabkan kecacatan tube neural ( Spina Bifida) di mana tulang belakang bayi terkeluar dari kedudukan asal dan juga mempunyai risiko kekurangan berat badan bayi sewaktu di lahirkan.

3) Kekurangan Vitamin B12 

Badan memerlukan vitamin B12 untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat.

Bila ibu hamil tidak mendapat cukup vitamin B12 dalam dietnya,badannya tidak akan mampu untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat.

Ibu hamil yang tidak makan daging,ayam,produk tenusu,dan telur lebih terdedah risiko kekurangan vitamin B12.

Di mana ia boleh menyebabkan kecacatan tiub neural dan terdedah pada risiko kelahiran pra -matang.

Kehilangan darah semasa dan selepas kelahiran juga menyebabkan anemia terjadi.


bahaya anemia @ Hb rendah sewaktu hamil


7 Punca Masalah Anemia Boleh Berlaku

1) Kekurangan zat besi akibat diet pemakanan yang tidak seimbang.

2) Kelemahan penyerapan zat besi dalam tubuh

3) Kesan sampingan akibat kaedah perubatan tertentu

4)Pembawaan faktor genetik misalnya penyakit talasemia

5) Kehilangan banyak darah ketika haid 

6) Masalah hemoglobinopathy ( Keganjilan hemoglobin dalam darah)

7) Pendarahan serius akibat ulser perut atau buasir serta parasit.


6 Risiko Anemia Sewaktu Hamil

Semua wanita hamil terdeda pada risiko anemia ini disebabkan ibu-ibu hamil lebih memerlukan iron dan folik asid yang lebih dari keperluan biasa.

Namun ibu-ibu lebih berisiko tinggi jika :-

1) Ibu hamil kembar

2) Jarak kehamilan yang rapat dengan kehamilan sebelumnya

3) Muntah berlebihan sewaktu fasa Morning Sickness 

4) Mengandung di usia remaja

5) Tidak makan,makanan yang kaya dengan iron

6) Memang menghidap anemia sebelum di sahkan hamil.

6 Simptom Anemia Sepanjang Kehamilan

1) Kelihatan pucat pada kulit,bibir dan kuku.

2) Rasa penat,lemah dan tidak bermaya.

3) Pening kepala

4) Sukar bernafas

5) detak jantung laju 

6) Sukar untuk fokus

Pada peringkat awal anemia,tidak semua simptom di atas akan ibu alami,jadinya sangat penting untuk lakukan pemeriksaan yang kerap sewaktu rutin pemeriksaan ibu hamil.

6 Risiko Anemia @ HB Rendah Pada Ibu

1) Penambahan darah ( Blood transfusion) sekiranya kehilangan darah yang banyak semasa kelahiran.

2) Kemurungan selepas bersalin

3) Mudah dapat jangkitan

4) Jika berlaku pendarahan,keadaan akan jadi lebih mudarat dan membahayakan ibu.

5) Mudah dapat penyakit lemah jantung

6) Kematian Si ibu ( Yang ini paling kita nak elakkan)

6 Risiko Anemia @ HB Rendah Pada Bayi

1) Kelahiran pra matang atau bayi kekurangan berat badan sewaktu lahir.

2) Bayi menghidap anemia

3) Bayi menghidap masalah lewat perkembangan mental dan fizikal

4) Bayi menghidap kecacatan tiub neural( spina Bifida) atau otak

5) Keguguran

6) Bayi meninggal dalam kandungan ( Yang ni paling kita nak elakkan)

Orang yang tidak hamil, Hb yang normal ialah 12g/dl. Namun bagi ibu-ibu yang hamil pula di sebabkan beberapa perubahan fisiologi HB normal ialah 11g/dl.

Jadinya bila bacaan HB di bawah 11,tolonglah ibu-ibu ambil perhatian,jangan di ambil mudah.

Jangan risikokan diri sendiri dan bayi di dalam kandungan...usaha ,ikhtiar cari jalan penyelesaian agar HB ibu-ibu berada di paras normal..

Semoga perkongsian dari Cheta hari ni memberi manfaat pada ibu-ibu hamil semua...

Ada sebarang masalah untuk dikongsi bersama..bolehlah klik gambar di bawah untuk direct wasap terus pada Cheta yer...






4 comments:

  1. selalu dengar HB rendah.. huhuseram jugak ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HB rendah kalau tak di rawat boleh bahaya ibu dan bayi dalam kandungan..huhu

      Delete
  2. Alhamdulillah..mengandung aritu HB stabil

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullilah..bila result HB stabil sedaplah lah kita..sebab kita tau perkembangan bayi kita juga insyaAllah berkeadaan baik

      Delete

Anda Pengunjung Ke

DIRECT WASAP TANPA PERLU SIMPAN NUMBER

Labels

Alfalfa (10) B-Complex (15) Basic H Shaklee (3) carotomax (1) Cinch energy tea (4) Cinch Shake (3) collagen powder (3) CoQ10 (3) Detoks (5) Detox Parasit (1) Dish Wash Concentrate (1) DTX Complex (1) Ebook percuma pemakanan ibu hamil (1) Energizing Soy Protein (ESP) (21) garlic (3) GLA complex (5) Harga Vivix (4) Herb-lax (3) Herbal blend (2) Kelebihan Omega Guard (3) khasiat & manfaat alfalfa (2) Khasiat Garlic Shaklee (2) Kisah Anak-Anak (10) Kisah Mama (2) Kisah PaPa (1) Kisah vivix (3) lecithin (6) Manfaat omega guard (3) Manfaat Vivix (1) Masalah kesuburan Wanita (2) meal shake (4) Melambatkan penuaan (4) Melawan Kanser (3) Melawaskan Najis (3) memperbaiki tekstur rambut (2) mencegah penyakit jantung (2) Mengempiskan Perut (4) menguatkan tulang (4) mengukuhkan sistem imun (6) mengurangkan PMS (4) meningkatkan metabolisme (4) Menu sihat Ibu Berpantang (2) menurunkan kolestrol (6) meringankan stress (5) nephrotic syndrome (1) Nutriferon (1) Nutriferon Shaklee (1) Omega bakar lemak dengan pantas (1) omega guard (12) ostematrik (11) Ovarian cyst ketika hamil (2) Penyakit Gout (1) penyakit jantung (9) penyakit lemah jantung (1) penyakit semput (1) penyebab sakit jantung (2) Peppermint-Ginger Plus (1) performance drink (4) Sembelit (4) sendi dan otot (7) serangan jantung (2) Set 3M (3) Set B Ibu Menyusu (3) Set B1 ibu Menyusu + Ostematrik (2) set berpantang shaklee (8) Set Berpuasa Shaklee (2) Set Kehamilan Shaklee (2) Set Kencing Manis (1) Set Kesihatan Wanita (1) Set Kesuburan Lelaki (1) Set Kesuburan Wanita (1) Set Kurus Shaklee (1) set menyusu (1) Set Morning Sickness (1) Set Nutriwhite (1) Set Pemulihan Jerawat Shaklee (1) Set Penjagaan Kulit Nutriwhite (1) Set Penyusuan Shaklee (3) Set Ramadhan (2) Set Rambut Gugur (1) Set sembelit (1) set vitamin ibu hamil (1) Shaklee Vivix (2) Sijil halal Shaklee 2017 (1) susu ibu (8) tekanan darah tinggi (5) Testimoni vivix (3) tips minum 8 gelas air sehari (1) ubat berhenti merokok (1) Ubat Buang Angin dalam Badan (2) Ubat Gout Paling mujarab (1) Ubat paru-paru berair (1) Ubat Sakit lutut dan sendi (1) Ubat VS Vitamin (1) untuk anak-anak pickey eater (1) Vita C Chewable (1) Vita-C (14) Vita-E Complex (7) Vita-lea (10) Vitalea For Kids (1) Vitamin bantu kecutkan Cyst (2) vitamin c (3) vitamin e (1) Vitamin Ibu Hamil (3) vitamin ibu mengandung (1) vitamin kecutkan Cyst semasa mengandung (1) vitamin naikkan Hb ibu hamil (2) Vitamin Untuk Ibu Hamil (4) Vitamin Untuk Pelajar (1) Vittamin C (1) Vivix (6) Vivix Anggur Muscadine (1) Vivix keintiman (1) vivix kesuburan (1) Vivix lancarkan haid (1) Vivix Shaklee (2) vivix shaklee harga (2) Vivix Shaklee Price (2) Vivix Untuk Atasi Sembelit (1) WAHM Story (1) Zinc Complex (8)

TOP PRODUCT

Nak Harga Ahli Dan Dapatkan CASH BACK BONUS KLIK SINI | FREE MEMBERSHIP KLIK SINI
X