Wednesday, 11 October 2017

Kenali Penyakit Tidak Berjangkit Dan Risiko Anda

Penyakit Tidak Berjangkit Dan Risiko Anda


Aduhaiiii..lama sungguh entry ni tersimpan dalam draft uhuhuhu....bila semak balik draft barulah teringat nak publish dan edit-edit semula...so selamat membaca sharing dari KOSPEN ni tau...semoga bermanfaat untuk semua...

Sabtu 19hb Ogos 2017, Cheta dan anak-anak telah menghadiri Majlis Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN)..

Ehhh..tapi KOSPEN ni dah tukar nama tau..nama penuh kospen sekarang ialah KOMUNITI SIHAT MEMBANGUN NEGARA...

Haaa..tulah yang doktor penceramah tu bagitau..masa majlis tu...
Majlis tu berlangsung di Masjid Nurul Iman Kg Melayu,Pontian Besar Kiri..anak-anak ada pertandingan mewarna masa tu..manakala orang-orang dewasa serta ibu bapa yang hadir di jemput untuk mendengar ceramah kesihatan...

Mehh..Cheta kongsikan serba sedikit,apa yang sempat Cheta dengarlah..al maklumlah bukan boleh fokus sangat pun..sibuk perhatikan gelagat Si Syifa ni..huhuhu...

Ok permulaan ceramah tu..doktor awal-awal dah share yang kalau dulu penyakit NO 1 bagi wanita ialah Kanser Payu Dara atau Kanser Servik, manakala bagi lelaki ialah Kanser Paru-Paru ataupun Penyakit Jantung...

Tapi sekarang ni statistik baru menunjukkan Kematian bagi penyakit Kanser Kolon melonjak naik,menjadikan ia penyakit No 1 yang membunuh masyarakat malaysia..

Takut kan...sampaikan makcik yang duduk sebelah Cheta pulak bercerita yang abang iparnya baru je meninggal dunia di sebabkan Kanser Kolon..


Arwah di kejarkan ke hospital setelah muntah darah dan akhirnya pengsan, tapi pihak hospital tidak mampu berbuat apa-apa setelah mengetahui ususnya telah pun pecah, dua hari di hospital arwah meninnggal dunia...huhu sedihkan..

Kanser kolon berpunca dari pemakanan kita dan juga gaya hidup yang tidak aktif..kurang bersenam..

Doktor kata,rakyat Malaysia ni kebanyakkan nya mati di sebabkan “terlebih makanan”...huhuhu memang betul sangat pun  kan..

Oklah jom Cheta kongsikan Penyakit Tidak Berjangkit atau Non-Communicable Disease (NCD)

penyakit NCD


PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT ATAU NON-COMMUNICABLE DISEASE (NCD)

Penyakit NCD ini merupakan masalah kesihatan yang utama di Malaysia. Jenis-jenis penyakit NCD yang utama adalah:

1) Penyakit kardiovaskular ( seperti penyakit jantung,hipertensi dan strok)
      2) Diabetis
      3) Kanser
   4)  Penyakit respirastori kronik ( seperti asma dan emfisema)

penyakit NCD
                 Keratan Akhbar berkenaan NCD yang semakin meningkat

    1)     PENYAKIT KARDIOVASKULAR

1)      PENYAKIT JANTUNG – Seseorang di katakan mendapat penyakit jantung apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi di sebabkan oleh saluran darah yang sempit atau bekalan darah terhenti sama sekali.

      Ini terjadi kerana pengumpulan lemak yang melekat di dinding saluran darah lama kelamaan     menyekat atau mengurangkan pengaliran darah ke otot jantung.

2)      STROK 
Strok berlaku apabila saluran darah yang membawa oksigen dan zat-zat makanan atau nutrien ke otak tersumbat atau pecah.

Apabila bekalan oksigen ke otak terputus,sel-sel saraf secara perlahan-lahan akan mati. Ini menyebabkan bahagian badan yang di kawal oleh sel-sel saraf ini akan juga terlibat dan tidak dapat berfungi.

Selalunya kesan strok adalah kekal. Ini di sebabkan sel-sel otak yang telah rosak atau mati tidak dapat di ganti.

3)      Faktor Risiko Penyakit Kardiovaskular

·         Obesity
·         Diabetis
·         Tekanan Darah Tinggi
·         Pemakanan tidak sihat
·         Kurang senaman atau tidak aktif
·         Merokok
·         Tekanan perasaan ( Stress)

2.DIABETIS @ KENCING MANIS

Diabetis ialah sejenis penyakit kronik tidak berjangkit yang berlaku apabila paras gula dalam darah adalah tinggi di sebabkan oleh kekurangan insulin dalam tubuh atau insulin menjadi tidak sensitif dan tidak bertindak balas dengan tisu-tisu tubuh.

Insulin adalah hormon dalam tubuh kita yang akan mengawal paras gula dalam darah.

Diabetis merupakan salah satu faktor risiko bagi penyakit jantung atau kardiovaskular.

Jenis-jenis Diabetis;
·         Diabetis Jenis 1
·         Diabetis Jenis 2
·         Diabetis ketika mengandung (GDM)

3. KANSER

Kanser adalah sejenis penyakit yang berlaku apabila sel bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga di kenali sebagai tumor.

Tumor boleh di bahagikan kepada bukan kanser(benign) ataupun kanser (malignant).

Tumor bukan kanser tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain.

Kanser pula boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain sekiranya tidak di rawat.

4.PENYAKIT RESPIRATORI KRONIK

Penyakit respiratori kronik adalah penyakit sistem pernafasan yang berlaku apabila terdapat penyempitan dan radang (inflamasi) pada saluran pernafasan.
Merokok adalah penyebab utama penyakit ini. Ia boleh menyerang sama ada lelaki atau wanita tidak mengira peringkat usia.

Gejala Penyakit Respiratori Kronik
  • ·         Sesak nafas sewaktu melakukan aktiviti atau semasa rehat.
  • ·         Sesak nafas terutama waktu pagi semasa bangun tidur.
  • ·         Batuk berkahak berpanjangan.
  • ·         Nafas berbunyi (Wheezing)
  • ·         Simptom kegagalan paru-paru dan jantung bengkak dan bengkak kaki.


PENYAKIT NCD BOLEH DI CEGAH SEKIRANYA;-
  • ·         Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20-30 minit setiap kali.
  • ·         Makan secara sihat
  • ·         Kekalkan berat badan unggul
  • ·         Berhenti merokok
  • ·         Belajar menangani Stress
  • ·         Periksa tekanan darah
  • ·         Periksa paras gula dalam darah
  • ·         Periksa paras kolestrol dalam darah
  • ·         Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

LAKUKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN DI KLINIK-KLINIK BERHAMPIRAN ANDA JIKA ANDA;-
  • ·         Umur >> 35 tahun
  • ·         Berlebihan berat badan atau obes ( 23kg/m3 atau lebih)
  • ·         Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetis
  • ·         Tidak aktif atau melakukan aktiviti fizikal kurang daripada 3 kali seminggu.
  • ·         Mempunyai tahap kolestrol yang tinggi
  • ·         Mempunyai tekanan darah tinggi 140/90mmHg atau lebih
  • ·       Mempunyai gejala-gejala penyakit diabetis seperti luka yang sukar sembuh, kerap dahaga, sering membuang air kecil pada waktu malam,gatal-gatal atau mendapat jangkitan kulat pada kemaluan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua yer...

pengedar vivix shaklee pontian


Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia

Cheta 
ID Shaklee: 1081587
Hp/SMS/Wasap: 012 7555 470 
COD : Kawasan sekitar pontian, johor.
Pos : Seluruh Malaysia.

Credit: Kementerian kesihatan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)



No comments:

Post a Comment

Anda Pengunjung Ke

DIRECT WASAP TANPA PERLU SIMPAN NUMBER

Labels

Alfalfa (10) B-Complex (15) Basic H Shaklee (3) carotomax (1) Cinch energy tea (4) Cinch Shake (3) collagen powder (3) CoQ10 (3) Detoks (5) Detox Parasit (1) Dish Wash Concentrate (1) DTX Complex (1) Ebook percuma pemakanan ibu hamil (1) Energizing Soy Protein (ESP) (21) garlic (3) GLA complex (5) Harga Vivix (4) Herb-lax (3) Herbal blend (2) Kelebihan Omega Guard (3) khasiat & manfaat alfalfa (2) Khasiat Garlic Shaklee (2) Kisah Anak-Anak (10) Kisah Mama (2) Kisah PaPa (1) Kisah vivix (3) lecithin (6) Manfaat omega guard (3) Manfaat Vivix (1) Masalah kesuburan Wanita (2) meal shake (4) Melambatkan penuaan (4) Melawan Kanser (3) Melawaskan Najis (3) memperbaiki tekstur rambut (2) mencegah penyakit jantung (2) Mengempiskan Perut (4) menguatkan tulang (4) mengukuhkan sistem imun (6) mengurangkan PMS (4) meningkatkan metabolisme (4) Menu sihat Ibu Berpantang (2) menurunkan kolestrol (6) meringankan stress (5) nephrotic syndrome (1) Nutriferon (1) Nutriferon Shaklee (1) Omega bakar lemak dengan pantas (1) omega guard (12) ostematrik (11) Ovarian cyst ketika hamil (2) Penyakit Gout (1) penyakit jantung (9) penyakit lemah jantung (1) penyakit semput (1) penyebab sakit jantung (2) Peppermint-Ginger Plus (1) performance drink (4) Sembelit (4) sendi dan otot (7) serangan jantung (2) Set 3M (3) Set B Ibu Menyusu (3) Set B1 ibu Menyusu + Ostematrik (2) set berpantang shaklee (8) Set Berpuasa Shaklee (2) Set Kehamilan Shaklee (2) Set Kencing Manis (1) Set Kesihatan Wanita (1) Set Kesuburan Lelaki (1) Set Kesuburan Wanita (1) Set Kurus Shaklee (1) set menyusu (1) Set Morning Sickness (1) Set Nutriwhite (1) Set Pemulihan Jerawat Shaklee (1) Set Penjagaan Kulit Nutriwhite (1) Set Penyusuan Shaklee (3) Set Ramadhan (2) Set Rambut Gugur (1) Set sembelit (1) set vitamin ibu hamil (1) Shaklee Vivix (2) Sijil halal Shaklee 2017 (1) susu ibu (8) tekanan darah tinggi (5) Testimoni vivix (3) tips minum 8 gelas air sehari (1) ubat berhenti merokok (1) Ubat Buang Angin dalam Badan (2) Ubat Gout Paling mujarab (1) Ubat paru-paru berair (1) Ubat Sakit lutut dan sendi (1) Ubat VS Vitamin (1) untuk anak-anak pickey eater (1) Vita C Chewable (1) Vita-C (14) Vita-E Complex (7) Vita-lea (10) Vitalea For Kids (1) Vitamin bantu kecutkan Cyst (2) vitamin c (3) vitamin e (1) Vitamin Ibu Hamil (3) vitamin ibu mengandung (1) vitamin kecutkan Cyst semasa mengandung (1) vitamin naikkan Hb ibu hamil (2) Vitamin Untuk Ibu Hamil (4) Vitamin Untuk Pelajar (1) Vittamin C (1) Vivix (6) Vivix Anggur Muscadine (1) Vivix keintiman (1) vivix kesuburan (1) Vivix lancarkan haid (1) Vivix Shaklee (2) vivix shaklee harga (2) Vivix Shaklee Price (2) Vivix Untuk Atasi Sembelit (1) WAHM Story (1) Zinc Complex (8)

TOP PRODUCT

Nak Harga Ahli Dan Dapatkan CASH BACK BONUS KLIK SINI | FREE MEMBERSHIP KLIK SINI
X