Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus KLIK SINI | Twin Pack Vivix Free Membership KLIK SINI
X

Monday, 27 February 2017

Selamat Pengantin Baru Ucu Amy & Ann

Sabtu 25 Febuary 2017  

Hari bersejarah buat ucu Amy atau panggilan manjanya Gemang...😁...jangan tanya mama apa maksud Gemang tu...uolss cari sendiri yer..

Ini perkahwinan terakhir dalam keluarga Mr Hubby...so Mama abadikan di sini..so nanti bolehlah anak cucu flash back balik macam mana rupanya ayah diaorang ni kahwin kan..

Sebenarnya diaorang nikah Jumaat 24 Febuary 2017, tapi masa tu kitaorang tak dapat attend,di sebabkan Mr Hubby tak dapat cuti...

Mama nak drive sendiri al maklumlah dengan 3 anak yang super duper aktif ni...huaaa..tak terhandel rasanya....

So kita layan gambar jerlah yer....




                 Selamat Pengantin Baru Ucu Amy..For Ann welcome to our family




           Kenangan Bersama Family...tapi ada yang tak der ni...




Pengantin di apit oleh bakal pengantin...kiri kanan yang berdiri tu pun bakal juga mendirikan masjid tak lama lagi tu..doakan mereka yer....

Masa ni kesian kat abah..tersepit...hihihihi....



Pengantin manis di pelaminan


Abah memulakan acara menepung tawar


Di ikuti dengan mak...







                         Suap jangan tak suap...hihihi




                 Mak dan Abah menemani pengantin di meja beradap




      Opsss ceria je si pengantin lama ni...siapa kata pengantin lama tak romantik kan....hihihi




Memalu pulak si pengapit ni...

Jom kita layan video pulak... 





Alhamdullilah selesai majlis ucu Amy Part 1...kenapa Mama kata part 1, sebab next month akan ada majlis menyambut menantu pula di Sungai Mas...

Kepada pengantin selamat melayari bahtera rumah tangga....bersabarlah dengan setiap ujian yang mendatang...

Dalam pada happy-happy tu teringat kat arwah mak...arwah mak lah yang paling nak sangat tengok anak bongsu dia ni mendirikan rumah tangga...

Namun...jodoh tu rahsia Allah kan..setelah hampir 7 tahun Arwah Mak pergi meninggalkan kami semua akhirnya jodoh anak bongsu dia tiba jua...( Mata masuk habuk pulak..huhuhu)

Al Fatihah untuk Allahyarhamah Asiah Binti Atan...semoga rohnya di tempatkan di sisi golongan orang-orang yang beriman.


Salam Sayang;

Eita ( ID Shaklee: 1081587)

012-7555470



Wednesday, 22 February 2017

Kenapa Folik Asid Penting Buat Ibu Hamil?

Pengambilan folik asid semasa kehamilan adalah sesuatu yang amat penting dan perlu di titik beratkan oleh semua ibu hamil. Sebenarnya pengambilan folik asid adalah sangat di galakkan untuk wanita yang merancang untuk hamil,selewat-lewatnya 3 bulan sebelum kehamilan dan perlu di teruskan sepanjang kehamilan. 

 Apa Itu Folik Asid

Folik Asid adalah salah satu vitamin kumpulan B yang di kenali sebagai folat.
Folat memainkan peranan penting dalam pembentukkan sel-sel darah merah dalam tubuh.

Folik asid sangat bermanfaat untuk bayi dalam kandungan kerana ia boleh mengurangkan risiko bayi anda mengalami kecacatan saraf tunjang (neural tube defect),gangguan pembentukkan otak dan juga pembentukkan tempurung kepala yang tidak sempurna atau hampir langsung tidak terbentuk(anacephaly)
kenapa asid folik penting buat ibu hamil




kenapa asid folik penting buat ibu hamil



 Berapa Dose Folik Asid Yang Di Syorkan

Dose yang di sarankan untuk semua wanita sekurang-kurangnya sebulan sebelum kehamilan ialah 400mcg folat setiap hari..
Di sini ada di syorkan dose folik asid yang sesuai pada fasa kehamilan.

  • Jika anda merancang untuk hamil : 400mcg
  • 3 bulan pertama kehamilan : 400mcg
  • 4bulan - 9 bulan kehamilan : 600mcg
  • Semasa menyusui bayi : 500mcg

Di Shaklee " 1 biji Vitalea ( 200mcg Folik Asid )+ 1 biji B complex (200mcg Folik Asid) = 400mcg keperluan folik asid.
 
Kelebihan Folik Asid Buat Bayi Anda  

Bila folik asid di ambil mengikut dose yang di syorkan sebelum dan semasa kehamilan ia boleh membantu melindungi bayi anda daripada;
1) Cleft lip and palate ( Sumbing)  
2) Kelahiran tidak cukup bulan ( Premature Birth)
3) Lahir tidak cukup berat
4) Keguguran
5) Poor Growth in the womb .

Folik Asid juga di cadangkan pengambilannya untuk:
  •  mengurangkan risiko kehamilan ( ada kajian mengatakan ibu hamil yang mengambil folik asid pada trimester kedua kehamilan mengurangkan risiko preeclampsia)
  • Penyakit Jantung
  • Stroke
  • Penyakit Alzheimer
Sumber Makanan Terbaik Folik Asid 

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik untuk bayi dan juga anda kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang di perlukan oleh anda berdua.
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.







Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee anda,saya adalah  wakil pengedar sah anda seluruh malaysia. Sebarang pertanyaan boleh di buat dengan menghubungi saya di talian berikut:
Nama: Mahligai Vitamin @ Eita (ID 1081587)


Phone/Message/WhatsApp: 012-7555470


"Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee?? Hubungi saya juga!!.Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan !. Wakil pengedar seluruh Malaysia masih di perlukan !. Dan anda juga akan di jemput ke group Ekslusif di Facebook"




 

Saturday, 11 February 2017

Mengandung Mesti Mengidam???..Tapi Kenapa??

Mengandung.. mengidam..mengidam..mengandung...Hemmm..tapi kenapa?? Wajib ke kalau mengandung tu mengidam..??

Ada ke yang tak tau mengidam tu apa???

MENGIDAM tu maknanya keinginan untuk makan sesuatu tanpa mengira waktu dan keinginan itu tak boleh di bendung atau di sekat-sekat...

Muahahha..bersedialah wahai para suami sekalian...hihiihi..

Biasakan kita dengar orang tua-tua selalu kata..kalau bini ngidam tu cecepatlah cari..kalau tak dapat nanti baby keluar nanti ngences atau bahasa mudahnya menjejeh air liur..

Mengidam masa mengandung tu normal lah kan...kalau ikut mama lah 3 anak 3 pengalaman yang berbeza..


ibu hamil mengidam
Ikut suka dia ajer kan..

Friday, 10 February 2017

Cara Elak Sembelit Sewaktu Berpantang Agar Jahitan Tidak Terbuka

Sembelit dan Berpantang???....Satu fasa ngeri yang pernah mama lalui masa bersalinkan anak sulung dulu..
.
.
Yer...gigil-gigil nak "membuang" tau.lama bertapa dalam toilet endup..memang ku nangis.....masa tu dah 4 ke 5 hari lepas bersalin tak yak..yak.. lagi..
.
.
Iyer..4-5 hari..masa nak discaj hospital tu memang mama tipu jer time doktor tanya " dah buang air besar dan air kecil puan???"...muahahha...😁😁😁 uolss jangan tiru yer...
.
.
Anak sulung kan...perasaan tak sabar nak balik rumah tu membuak-buak..reasonnya bukan apa tau...sebab tak pandai lagi nak manage baby kan..
.
.
cara elak sembelit waktu berpantang

mana nak menyusukan dia lagi,nak bedung baby,nak angkat bagi menyusu..fuhhhh mencabarlah..
.
.

Tuesday, 7 February 2017

Keistimewaan Vivix Shaklee


Untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan hanya inginkan sesuatu yg cepat dan mudah..vivix adalah jawapannya...
.
Hanya sesudu kecil untuk total wellness. Tak payah dah nak ambil macam macam jenis supplement.

Sesudu Vivix cukup untuk menjaga kesihatan dalaman & luaran, cheta sangaaaat la suggest uolls utk ambil vivix yang super best ni 😋
.
.
main ingredient vivix ni adalah anggur muscadine. Cuba google anggur ni, size dia hampir sama dgn sebiji bola golf and satu biji tu rm100 😂😂 tp dalam botol vivix tu ada berbiji biji anggur muscadine ni. Of course lagi berbaloi beli vivix kan?😋
.
.
vivix untuk penyakit jantung

Vivix ni sgt bagus sbb dia perbaharui sel yg dah rosak dan bagi extra energy Sbb tu la ramai ambil vivix ni utk kurus, anti aging, diabetes, kanser tahap awal, nak berhenti merokok, kesuburan dan mcm2 lagi. Multifunction kan?

Oooo i love vivix  to be honest, yang tak cuba vivix memang RUGI BESAR.
.
.
❀ Menggalakkan rangsangan penuaan yg sihat
❀ Penting dalam pencegahan penyakit2 degeneratif
❀ Membantu menghalang kanser
❀ Mengurangkan risiko sakit jantung
❀ Mengurangkan komplikasi pesakit diabetes
❀ Menyokong kesihatan sendi
❀ Mengurangkan insiden bg penyakit Alzheimer
❀ Membantu dalam mengurangkan berat badan
❀ Meningkatkan sistem imun
❀ Menyokong kesihatan mata
❀ Menyokong kesihatan menyeluruh
❀ Memperbaiki tenaga sel dan dna
❀ Membantu meningkatkan fungsi otak
❀ Boleh mengurangkan ketagihan merokok. Rokok menjadi PAHIT
❀ Melindungi jantung
❀ Merencat sel kanser dari menjadi semakin serious
.
.


APA KATA MEREKA...



vivix untuk penyakit jantung


vivix untuk penapis buah pinggang bocor



INFO LANJUT BERKENAAN VIVIX ( KLIK SINI)


Salam Sayang;


Eita ( ID 1081587)

(KLIK UTK DIRECT WHATSAPP)

WA/CALL  +6012 7555 470

Monday, 6 February 2017

Menopause Bukan Lagi Masalah Buat Wanita- Ikuti Pengakuan Wanita Ini


Alamak rasa bersalah lak kalau sorok-sorok cerita ni...
.
Cerita ni dapat dari group whatsapp #ireachtravel tau...dok gebang-gebang pasal vitamin bagi kat parents sekali terkeluar cerita ni...
atasi simptom menopause


.
TAMBAH KEINTIMAN WANITA MENOPAUSE

*********************************************************
Ibu saya suka vivix.
Sebelum ni dia konsisten GLA.

Friday, 3 February 2017

Doktor Hentikan Suntikan Insulin Gara-Gara Penangan Sirap Merah

Kencing Manis dan suntikan insulin berpisah tiada...ramai di kalangan pesakit diabetis yang akhirnya terpaksa menerima saranan doktor untuk memulakan suntikan insulin gara-gara paras gula naik dan tidak turun-turun walaupun setelah mereka kontrol makan...



Hemm...tapi sungguh ker dah kontrol makan setiap waktu..ke makcik pakcik ni main nakal masa ada appointment dengan doktor je 2,3 hari sebelum tu memang lah kontrol pemakanan kaw-kaw punya...

Gara-gara nak bacaan gula dalam darah tu terkawal,dan nampak cantik je kan.....haiiiippp tak baik tau main tipu..

Itukan demi kesihatan pakcik makcik semua..yang merana nanti tubuh badan sendiri juga kan...

Iyer  faham..kadang kala kesian juga pada pesakit diabetis ni...ialah orang sekeliling sedap je makan makanan yang sedap-sedap depan mereka...sementara mereka-mereka ni terpaksa menahan tekak di sebabkan penyakit yang mereka hadapi...

Haiiiipppp...korang pun be sensitif lah sikit...cubalah makan tu sorok-sorok sikit..

Adalah sorang makcik ni yang Che'ta ( Ehhh...mama ada nama baru tau hehehhe) kenal...

Katanya...makcik ni dedulu dah lah susah...nak makan sedap memanglah jauh sekali...kamu taulah...zaman dulu..ubi kayu, hari-hari ubi rebus,pisang rebus..nak makan ayam ke daging ke itulah setahun sekali masa raya jer..itu pun nasib kalau ada..

Duit pun susah cari...tapi sekarang ni makan mewah...nak apa cakap jer..paling makcik suka sangat makan..itu haa..cake SR tu..uihhh kalau makcik dapat yang itu..mau sebelah tu makcik hadap sorang jer...

hemmm...tapi tulah..sekarang ni berpenyakit pulak..nak makan apa pun tersekat kan..kadang sedih juga..tapi kadang makcik ni bedal je..alah nanti time jumpa doktor makcik puasa lah dari makan benda manis-manis tu...

Che'ta bila dengar gitu nak gelak pun ada..sedih pun ada...kesian tau...

Ini pengalaman dari mak kepada Puan Umi Sapidah Shahren, Sejak mak beliau warded tempoh hari gara-gara paras gula yang tinggi... beliau nekad untuk belikan maknya vivix

Dan memang maknya tak pernah tinggalkan vivix ni..konsisten setiap hari dan resultnya maknya telah bebas dari suntikan insulin dan kini hanya makan pil sahaja..

Alhamdullilah sangat....kita cuma berusaha dan berikhtiar..selebihnya TAWAKAL hanya pada Allah S.W.T





Berminat boleh hubungi 


Eita 012.7555.470





Thursday, 2 February 2017

Holiday Yang Tak Di Rancang - 3D Art Museum Melaka

Al kisahnya cuti raya cina yang lepas ni..memang tak de plan apa² pun..sebabnya dapat tau papa cuti pun dah lambat...

Memang tak tau nak pergi mana...pagi sabtu tu bangun relax² je siap basuh baju keluar bandar sempat lagi COD barang customer...😂😂..

Rezeki kan mana boleh tolak...balik umah dah tengahari...discuss punya discuss papa kata jom mersing... ehhhh...😅😅😅..

macam lipas kudung haa mama pack barang...lepas zohor kitaorg gerak mersing...sampai sana dah dekat pukul 5 😂😂

Jumpa lah maklong kat tempat biasa...masatu mokde pun ada anak beranak, kak lamah ada..yg tak sempat jumpa kak long je...

Mersing kitaorg sampai je hujan 😂😂 anak² keciwa..round juga chalet² sana utk checkin kononnya...tapi depan pintu reception je dah tampal besar² FULL ROOM ...

Sharing Is Caring